Pengusaha mesin menjual air layan diri perlu memiliki lesen daripada Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata peraturan itu adalah berikutan berkuatkuasanya Peraturan 360C (4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.
Beliau berkata kos memohon lesen untuk satu unit mesin air itu adalah RM150 bagi tempoh dua tahun.
"Apabila pemilik mesin (jual) air memohon untuk mendapatkan lesen, mesin miliknya akan diperiksa. Selepas itu pemeriksaan secara rambang akan dijalankan dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, pada Rabu.
Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan meletakkan pelekat di mesin air yang sudah diperiksa dan diberikan lesen untuk rujukan pengguna.
Dr Subramaniam berkata peraturan berkenaan diwartakan pada 24 September 2012 dan Kementerian Kesihatan telah memberi masa untuk pihak industri mematuhinya.
"Justeru, pihak industri digesa supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memohon lesen tersebut. Kita mahu air minuman berada pada standard mencukupi," katanya.
Menurut Dr Subramaniam, sehingga kini 2,540 permohonan lesen telah diterima dan daripada jumlah itu, 59 permohonan diluluskan serta diberi lesen manakala 2,481 permohonan masih dalam proses.
"Jika didapati bersalah di bawah peraturan berkenaan, seseorang boleh didenda sehingga RM5,000 atau dua tahun penjara," katanya.
Sejak Ogos 2014 hingga kini, sebanyak 630 mesin jual air telah diperiksa di seluruh negara dan sebanyak 786 sampel air telah diambil dari mesin yang terlibat.
Daripada jumlah itu, sebanyak 22 mesin jual air telah disita di mana empat daripadanya kerana tidak menjaga tahap kebersihan, 10 mengandungi bakteria dan lapan kerana mendakwa air yang dijual boleh meningkatkan tahap kesihatan seperti memulihkan tekanan darah dan merawat kencing manis, katanya.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata tiada jemaah Malaysia yang dikesan terkena jangkitan MERS-CoV (Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona.
Bernama
Thu Sep 03 2015
SUBRAMANIAM: Apabila pemilik mesin (jual) air memohon untuk mendapatkan lesen, mesin miliknya akan diperiksa. Selepas itu pemeriksaan secara rambang akan dijalankan dari semasa ke semasa. - Gambar fail
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Jumlah kes keracunan makanan catat penurunan 44.2 peratus - Dr Noor Hisham
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM memandang serius isu berkaitan soal keselamatan dan kebersihan makanan.
Pengusaha kantin dilepas tuduhan mudaratkan kesihatan pelajar
Majistret membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
KKM kesan 21 produk makanan mengandungi racun
Perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020.
Lebih 12,700 produk makanan disita dalam Op Label
Op Label itu dijalankan bagi memastikan produk makanan yang dijual dilabel dengan betul dan tidak mengelirukan pengguna.
Gagal patuhi piawaian, kantin HSI ditutup dua minggu
Pemeriksaan oleh PKD Johor Bahru ke atas kantin itu dilakukan susulan aduan gambar tular memaparkan seekor tikus di sebuah kantin.
Iklan bertentangan Akta Makanan, syarikat D'Herbs didenda RM11,000
Didenda atas kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan Akta Makanan 1983, bagi dua produknya.
Mesin jual air layan diri perlu lesen Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan 2016
Pengusaha mesin menjual air layan diri perlu memiliki lesen daripada Kementerian Kesihatan mulai 1 Jan tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.