MALAYSIA
Mesin padi terbalik dalam sungai, remaja lelaki dikhuatiri lemas
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaiki bersama tiga rakannya terjatuh ke dalam sungai. - Gambar/ JBPM
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra, hari ini.
Ringkasan AI
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memaklumkan dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.
"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.40 petang. Dimaklumkan, sebuah mesin padi terjatuh ke dalam sungai dan terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu seorang daripadanya dipercayai lemas.
"Kerja-kerja pencarian mangsa di permukaan sungai sedang dijalankan dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Radzi Abdul Rahim yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lagi mangsa masih belum dijumpai dan identiti kesemua yang terlibat juga belum diperolehi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaiki bersama tiga rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Jitra.
- Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri, seorang lagi diselamatkan oleh bomba, manakala seorang masih belum dijumpai dan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.
- Operasi pencarian sedang dijalankan oleh JBPM Kedah dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.