GADGETS
Mesin salai hibrid UNIMAS: SMOKAH perkasa tradisi, selamatkan ekosistem bakau Sarawak
Mesin salai moden diberi nama SMOKAH (Smoking Automation with Hybrid-heat Sources). - Foto ihsan Abang Mohammad Nizam Abang Kamaruddin
KUALA LUMPUR: Di pesisir kecil Kampung Belawai, Sarawak, aroma udang salai atau dikenali sebagai Sesar Unjur sudah sebati dengan kehidupan penduduk sejak turun-temurun.
Ringkasan AI
Namun tradisi itu berdepan dilema kerana proses salai tradisional menuntut sehingga puluhan kilogram kayu bakau untuk memastikan udang kering sempurna dan sedap di tekak.
Kos kepada alam sekitar tidak kecil. Ekosistem bakau yang kritikal dan nadi kepada kehidupan marin kian tertekan, menuntut penyelesaian baharu yang tidak memutuskan hubungan antara budaya dan sumber alamnya.
Di sinilah UNIMAS melangkah ke gelanggang inovasi melalui Fakulti Kejuruteraan, universiti itu membangunkan mesin salai moden diberi nama SMOKAH (Smoking Automation with Hybrid-heat Sources), sebuah teknologi yang lahir bukan dari keghairahan makmal semata-mata, tetapi dari keperluan sebenar komuniti.
Pasukan penciptaan mesin ini dipimpin oleh Ir Dr Mohamed Basri, bersama Ir Dr Kasumawati Lias, serta disertai Dr Annisa Jamali dan Dr Abang Mohammad Nizam Abang Kamaruddin.
Pembangunannya turut melibatkan penyelidik lain seperti Dr Lidyana Roslan dan pelajar siswazah termasuk Mohd Zulhilmi Firdaus Rosli, menjadikan SMOKAH simbol kolaborasi akademia dan masyarakat.
Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS, Dr Annisa Jamali, berbeza dengan rumah salai tradisional yang terbuka dan sukar mengawal suhu, SMOKAH dibina dengan kebuk perasapan berpenebat terma yang mengekalkan haba stabil dan mengurangkan kehilangan tenaga.
"Di dalamnya, filamen pemanas elektrik digabungkan dengan relau biomassa yang hanya memerlukan sedikit kayu tambahan sebagai sokongan aroma dan bukan lagi kayu bakau sebagai sumber utama.
"Mesin itu turut dipasangkan sistem blower udara automatik untuk memastikan aliran asap dan haba diagihkan sekata, sekali gus mempercepat proses penyahhidratan.
"Namun jiwa sebenar SMOKAH terletak pada sumber kuasanya. Dilengkapi dengan Solar PV System, mesin itu mempunyai kemampuan menjana tenaga daripada cahaya matahari, mengurangkan pergantungan kepada grid elektrik dan kayu, khususnya di kawasan luar bandar," katanya.
Beliau berkata, dalam ujian operasi lapangan, mesin itu berjaya memendekkan masa pemprosesan daripada hampir 24 jam kepada 3 hingga 4 jam sahaja dengan hanya menggunakan 1 hingga 2 kilogram kayu minimum, berbanding lebih 20 kilogram kayu bakau yang diperlukan sebelum ini.
Jelasnya, pengurangan bahan api itu juga menyaksikan penurunan pelepasan karbon sehingga kira-kira 80 peratus.
"Lebih mengujakan, kawalan suhu automatik dan proses tertutup membantu menurunkan pembentukan bahan cemar seperti PAH (Polycyclic Aromatic Hydrocarbon), yang lazim dihasilkan melalui pembakaran kayu secara tradisional.
"Hasil kajian akademik yang direkodkan melalui kertas penilaian “Evaluation of the Smoked Machine with Dual Heating Sources” menunjukkan produk salai dari SMOKAH bukan sahaja lebih bersih dan selamat, malah mempunyai paras PAH lebih rendah.
"Ini menghampiri piawaian keselamatan makanan di pasaran antarabangsa seperti di Eropah, membuka dimensi baharu kepada kebolehpasaran Sesar Unjur premium dari Sarawak," ujarnya.
Namun di luar angka dan kejuruteraan canggih, SMOKAH sebenarnya mengembalikan maruah kepada tradisi.
Mesin itu kini diserahkan kepada komuniti Belawai melalui program kerjasama bersama WWF-Malaysia, memastikan pengusaha tradisional kebanyakannya wanita dan warga emas tidak lagi dibeban masa, tenaga dan pembakaran tidak terkawal.
Mereka kini boleh menyambung warisan keluarga, sambil menjaga bakau yang selama ini menjaga mereka.
SMOKAH bukan sekadar mesin; ia ialah naratif bagaimana teknologi dan budaya boleh berdampingan tanpa mengorbankan identiti.
Ia merungkai bukti bahawa inovasi berakar setempat mampu menyelamatkan tradisi, memperkasa komuniti dan memelihara alam yang menyokongnya.
Di UNIMAS, kejuruteraan bukan hanya soal mencipta, tetapi memahami. Dan di Belawai, setiap udang yang keluar dari kebuk SMOKAH kini bukan hanya salai, ia juga masa depan yang lebih lestari untuk tradisi lama yang enggan pudar.
Ringkasan AI
- Tradisi udang salai di Kampung Belawai, Sarawak, menghadapi dilema ekologi kerana penggunaan kayu bakau yang besar dalam proses salai tradisional menjejaskan ekosistem bakau.
- UNIMAS memperkenalkan mesin salai moden SMOKAH yang menggunakan teknologi inovatif dengan sumber tenaga hibrid, mengurangkan penggunaan kayu bakau sehingga 80% dan menyumbang kepada penurunan pelepasan karbon.
- Melalui kerjasama dengan WWF-Malaysia, SMOKAH diserahkan kepada komuniti Belawai untuk membolehkan pengusaha tradisional, terutamanya wanita dan warga emas, meneruskan warisan keluarga tanpa merosakkan alam sekitar.