awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir naikkan kadar tol Terusan Suez pada 2023

Bernama
Bernama
18/09/2022
03:54 MYT
Mesir naikkan kadar tol Terusan Suez pada 2023
Kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal, yang dijangkakan berterusan tahun depan, menjadi sebab utama untuk menaikkan tol transit. - AP
KAHERAH: Kadar tol transit Terusan Suez akan meningkat sebanyak 15 peratus bagi semua jenis kapal dan 10 peratus bagi kapal pukal kering dan kapal persiaran mulai tahun depan, umum Penguasa Terusan Suez (SCA) dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pihak berkuasa berkata kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal, yang dijangkakan berterusan tahun depan, menjadi sebab utama untuk menaikkan tol transit di sepanjang terusan penting yang menghubungkan Laut Mediterranean ke Laut Merah itu, lapor Xinhua.
"Kenaikan (tol) tidak dapat dielak dan perlu dilaksanakan berikutan inflasi global semasa, yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi dan kos perkhidmatan pelayaran yang disediakan di terusan itu," kata Pengerusi SCA Ossama Rabiee.
Beliau berkata SCA menyelaraskan kadar tol melalui mekanisme jelas merangkumi perubahan dalam pasaran pengangkutan maritim, sambil menyatakan terusan itu kekal sebagai laluan paling cekap dan paling murah berbanding laluan alternatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terusan Suez
#kadar tol
#Mesir
#kenaikan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan