Mesra... Rosmah suap kek kepada Najib di Parlimen

Harits Asyraf Hasnan
Julai 23, 2018 06:03 MYT
Turut mencuri tumpuan media apabila Rosmah turut menyuap potongan kek ke mulut Najib.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan sambutan hari lahir ke-65 beliau di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sambutan yang dibuat isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor itu turut diraikan bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain.
Turut mencuri tumpuan media apabila Rosmah turut menyuap potongan kek ke mulut Najib.
Di akhir sambutan itu, Rosmah dalam ucapannya berdoa semoga Najib diberi kesihatan yang baik selain akui setiap ahli keluarga menyayanginya.

DS @NajibRazak dirai dalam sambutan ulang tahun kelahiran ke-65 di Parlimen. Turut menemani adalah isteri, DS Rosmah @501Awani pic.twitter.com/WbBZHN4cX3

— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Turut mencuri tumpuan media apabila DS Rosmah menyuap kek kepada DS @NajibRazak pic.twitter.com/KLdq2LjRWK

— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 23, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya ucapakan semoga beliau sentiasa berjaya dan sihat termasuk untuk keluarga kami kerana beliau ketua keluarga kami.
“Saya nak anda semua tahu yang kami sekeluarga amat menyayangi beliau selain kami tahu bahawa beliau adalah seorang yang jujur dan berada di landasan yang betul,” kata Rosmah.
Turut dipertontonkan kepada Najib adalah sebuah video berkisar kehidupan dan kejayaan yang dikecapi beliau selama ini.
#Ahli Parlimen Pembangkang #berdoa #Najib Tun Razak #Parlimen #Rosmah Mansor #Sabutan Hari Jadi #sihat