Mesyuarat Kabinet berlangsung secara digital

Bernama
Januari 6, 2021 08:13 MYT
Gambar sekitar mesyuarat pertama Kabinet bagi tahun 2021 berlangsung sepenuhnya secara digital yang dikongsi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Gambar Twitter
PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet pertama tahun ini berlangsung sepenuhnya secara digital hari ini.
Perkara itu dikongsi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam catatan masing-masing di media sosial.
"Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama bagi tahun 2021 buat pertama kalinya diadakan secara digital sepenuhnya," kata Mohd Zuki, yang turut menyertakan gambar suasana mesyuarat berlangsung bersama peranti elektronik.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama bagi tahun 2021 buat pertama kalinya diadakan secara digital sepenuhnya. Inisiatif ini secara langsung menyokong agenda pembangunan lestari sebagaimana matlamat Sustainable Development Goals (SDG).. https://t.co/HTralwYKQq pic.twitter.com/LyUu2QwriR

— Mohd Zuki Ali (@zukiAli_) January 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mohd Zuki berkata, inisiatif itu secara langsung menyokong agenda pembangunan lestari sebagaimana yang digariskan menerusi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Khairy dalam ciapannya berkata, Kabinet Malaysia akhirnya, dijalankan tanpa kertas sepenuhnya hari ini.
Khairy berkata: "Selepas peralihan selama enam bulan dengan kami masih menerima kotak kertas fizikal setiap minggu, hari ini sudah tidak ada. Segala-galanya di pelayan (server) selamat yang dapat diakses oleh peranti kami. Lebih baik lewat daripada tidak pernah!"

Paperless Cabinet. Took a while but we got there. Hopefully Parliament goes paperless, next. pic.twitter.com/RWfXNEQuMQ

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Mohd Zuki, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini menekankan kerajaan perlu menitikberatkan peningkatan kualiti kesihatan awam, pengukuhan ekonomi negara melalui pelaksanaan Belanjawan 2021, kestabilan politik, keharmonian antara kaum dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara. - BERNAMA
#mesyuarat Kabinet #digital #Peranti Elektronik #Matlamat Pembangunan Mampan #ketua setiausaha negara #Mohd Zuki Ali #Menteri Sains Teknologi dan Inovasi #Khairy Jamaluddin