[TERKINI] Lagi Kes Serangan Seksual di Sekolah: 4 Pelajar Ditahan di Baling – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRN Sabah ke-17

Bernama 16/10/2025 | 00:20 MYT
SPR akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.

Mesyuarat berkenaan dijadual bermula pada 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada 11 pagi.

Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.

Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.

-- BERNAMA


#PRN Sabah #SPR #mesyuarat khas SPR #tarikh PRN Sabah