awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bincang usaha perkukuhkan komuniti, Perjanjian TAC

Bernama
Bernama
25/05/2025
00:30 MYT
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bincang usaha perkukuhkan komuniti, Perjanjian TAC
AMM yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembinaan Komuniti ASEAN, termasuk taklimat oleh Sekretariat ASEAN mengenai perkembangan di bawah Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang berlangsung hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembinaan Komuniti ASEAN, termasuk taklimat oleh Sekretariat ASEAN mengenai perkembangan di bawah Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Luar Negeri memaklumkan, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Mesyuarat ini menghimpunkan Menteri-Menteri Luar negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa utama, selaras dengan tema Pengerusi ASEAN Malaysia, iaitu 'Keterangkuman dan Kemampanan'," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat turut membincangkan susulan Kajian Semula Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar oleh Pemimpin ASEAN yang diterajui Malaysia.
Selain itu, mesyuarat menyentuh hubungan ASEAN dengan rakan luar di bawah agenda Hubungan Luar ASEAN, serta mengadakan konsultasi berhubung keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN, termasuk penerimaan garis panduan bagi penyertaan negara itu dalam instrumen perundangan ASEAN menerusi kerangka kerja Menteri-Menteri Luar ASEAN.
Menurut kementerian, hasil mesyuarat ini akan menjadi asas kepada perbincangan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
"Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 kekal komited memupuk Komuniti ASEAN yang bersatu, keterangkuman dan berpandangan ke hadapan, serta responsif terhadap keperluan rakyat dan berdaya tahan menghadapi cabaran serantau dan global," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#ASEAN25
#ASEAN2025
#Perjanjian TAC
#Menteri Luar ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan