MALAYSIA
Mesyuarat MPFN setuju Garis Panduan Perancangan Sekolah Vertikal
Mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri turut memperakukan cadangan pembinaan Bandar MADANI Bukit Jalil oleh PR1MA yang menampilkan rumah pintar, sekolah vertikal, mobiliti pintar dan penggunaan teknologi tenaga boleh baharu bermula tahun depan.
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-49 hari ini bersetuju dengan Garis Panduan Perancangan Sekolah Vertikal di Skim Perumahan Berbilang Tingkat yang disediakan oleh PLANMalaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai langkah inovatif mengoptimumkan penggunaan tanah di kawasan bandar berkepadatan tinggi.
Ringkasan AI
KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan garis panduan itu menandakan kemajuan penting dalam merangka model pendidikan bandar yang mampan, moden dan holistik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Menurut KPKT, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memperakukan cadangan pembinaan Bandar MADANI Bukit Jalil oleh PR1MA yang akan menampilkan rumah pintar, sekolah vertikal, mobiliti pintar dan penggunaan teknologi tenaga boleh baharu bermula pada tahun depan.
"MPFN turut mengambil maklum mengenai Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang berkuat kuasa pada 11 Jun lepas bagi menggantikan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 dengan matlamat menjadikan ibu negara lebih inklusif, mampan dan berdaya huni menjelang 2040," menurut kenyataan berkenaan.
Selain itu, mesyuarat turut meneliti Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 (HNDP 2040) bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang disediakan oleh Kementerian Kerja Raya melibatkan 47 projek jalan baharu dan 80 projek menaik taraf dengan jarak keseluruhan 2,388.32 kilometer hingga melangkaui 2040.
Sebanyak enam kertas kerja melibatkan empat kertas persetujuan dan dua kertas makluman telah dipertimbangkan dalam Mesyuarat MPFN kali ini.
HNDP 2040 mencerminkan komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan wilayah, meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar serta memastikan akses pengangkutan lebih selamat, moden dan inklusif dinikmati seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-49 bersetuju dengan Garis Panduan Perancangan Sekolah Vertikal di Skim Perumahan Berbilang Tingkat oleh PLANMalaysia dan KPKT sebagai langkah inovatif mengoptimumkan tanah di kawasan bandar berkepadatan tinggi.
- MPFN turut memperakukan cadangan pembinaan Bandar MADANI Bukit Jalil oleh PR1MA yang menampilkan rumah pintar, sekolah vertikal, mobiliti pintar dan teknologi tenaga boleh baharu, serta mengambil maklum Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang berkuat kuasa pada 11 Jun lalu.
- Kajian Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2040 (HNDP 2040) bagi Sabah, Sarawak dan Labuan melibatkan 47 projek jalan baharu dan 80 projek naik taraf sepanjang 2,388.32 kilometer, mencerminkan komitmen kerajaan merapatkan jurang pembangunan wilayah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar.