MALAYSIA
Mesyuarat MTN bincang strategi mampan pelan hala tuju gas asli - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2025 hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2025 hari ini membincangkan dan bersetuju dengan strategi mampan yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata ia bertujuan untuk memastikan keterjaminan tenaga negara terus terpelihara dalam menyokong pertumbuhan sosioekonomi serta peralihan ke arah ekonomi rendah karbon.
"Fokus utama kini adalah meningkatkan perkongsian tenaga boleh baharu kepada 35 peratus menjelang 2030, memperluas akses grid terbuka, serta mempergiat pelaburan dalam teknologi hijau dan tenaga baharu, sejajar Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).
"Ia untuk memperkukuh sistem tenaga negara yang lebih inovatif, berdaya saing dan inklusif, demi menjamin kesejahteraan rakyat serta kelestarian masa depan Malaysia," kata Anwar menerusi hantaran di laman 'X' beliau hari ini.
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu turut bersetuju dengan unjuran permintaan dan pembekalan elektrik bagi pusat data berdasarkan penilaian terkini oleh Suruhanjaya Tenaga.
"Selain itu, mesyuarat meluluskan pembangunan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti yang akan menyepadukan dan menyelaras operasi stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara," kata beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan MADANI kekal fokus dalam menterjemah aspirasi peralihan tenaga negara untuk menjadikan Malaysia peneraju ekonomi rendah karbon yang mampan dan berdaya tahan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Mesyuarat MTN Bilangan 2 Tahun 2025 bersetuju dengan strategi mampan NGR untuk memastikan keterjaminan tenaga negara bagi sokong pertumbuhan sosioekonomi.
- Fokus utama termasuk meningkatkan perkongsian tenaga boleh baharu kepada 35 peratus menjelang 2030 dan memperluas akses grid terbuka, selaras RMK13.
- Mesyuarat turut luluskan pembangunan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti untuk stesen pengecasan kenderaan EV di Malaysia, demi aspirasi ekonomi rendah karbon yang mampan.