awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat pertama MPPN bincang jalan penyelesaian isu perpaduan

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2020
14:02 MYT
Mesyuarat pertama MPPN bincang jalan penyelesaian isu perpaduan
MPPN ditubuhkan bagi memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat di negara ini. -Gambar hiasan
Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) buat pertama kali diadakan pada Selasa.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan ia turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Mesyuarat itu juga dihadiri oleh tokoh-tokoh merangkumi pelbagai sektor termasuk wakil korporat, akademik, atlet dan badan bukan kerajaan (NGO).
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat yang diadakan julung kali ini turut memberi watikah pelantikan ahli selama dua tahun kepada ahli MPPN.
"Mesyuarat MPPN ini merupakan platform diskusi yang membincangkan isu-isu dan cabaran perpaduan secara lebih strategik di samping mencapai jalan penyelesaian yang lebih praktikal, dan mampu direalisasikan, sejajar dengan keperluan dan tuntutan semasa masyarakat negara ini.
"MPPN seterusnya dijadualkan akan bersidang pada setiap dua bulan sekali bagi membincangkan hal ehwal perpaduan dan integrasi nasional secara bersepadu demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia," katanya.
MPPN ditubuhkan bagi memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat di negara ini.
MPPN bertanggungjawab menasihati kerajaan melalui kementerian berkaitan hal ehwal perpaduan serta membincangkan isu perpaduan, usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani isu dan cabaran perpaduan dalam mengukuhkan agenda perpaduan nasional.
Topic Berkaitan
#Majlis Penasihat Perpaduan Negara
#mesyuarat
#MPPN
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan