[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

Meta aktifkan sokongan pengiklanan pada Threads di peringkat global

Amanz 24/04/2025 | 06:15 MYT
Meta telah mengaktifkan sokongan pengiklanan pada Threads untuk semua pengiklan di seluruh dunia. -Amanz
META hari ini mengumumkan mereka telah mula mengaktifkan sokongan pengiklanan pada perkhidmatan terbaharu mereka, Threads, untuk semua pengiklan di seluruh dunia.

Ringkasan AI
  • Meta telah mengaktifkan sokongan pengiklanan pada Threads untuk semua pengiklan di seluruh dunia.
  • Pengiklanan boleh dilakukan melalui pilihan "Threads Feeds" dan Advantage ketika membuat kempen.
  • Threads mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan, yang dijangka membawa pulangan pendapatan bagi Meta.

Pengenalan ini hadir selepas Meta melakukan ujian terhad di beberapa pasaran sejak Januari 2025 lepas.
Dengan langkah ini, pelbagai perniagaan boleh melakukan pengiklanan di Threads dengan mudah.
Meta mengatakan pengenalan ini adalah secara berperingkat, mengikut beberapa pasaran untuk peringkat permulaan ini.
Pengiklanan boleh dilakukan melalui pilihan “Threads Feeds” ketika membuat kempen, termasuk menyertakan ia pada bahagian Advantage+.
Selari dengannya, Threads yang mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif setiap bulan turut dijangka membawa kepada pulangan pendapatan bagi pihak Meta. -Amanz
#Meta #sokongan pengiklanan #Threads #Threads Feeds