Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
GADGETS

Meta ambil alih Limitless, fokus peranti AI boleh pakai

Amanz 07/12/2025 | 04:10 MYT
Meta umum pengambilalihan syarikat Limitless yang fokus pada peranti boleh pakai berkecerdasan buatan generatif tanpa mendedahkan nilai transaksi. -Foto Amanz
META hari ini mengumumkan pengambilalihan syarikat Limitless yang memfokuskan pembangunan peranti boleh pakai berasaskan kecerdasan buatan generatif.


Ringkasan AI
  • Meta umum pengambilalihan syarikat Limitless yang fokus pada peranti boleh pakai berkecerdasan buatan generatif tanpa mendedahkan nilai transaksi.
  • Langkah ini mempercepatkan Meta dalam membangunkan peranti berkuasa AI, termasuk peranti loket yang mampu merakam dan ringkaskan perbualan.
  • Limitless memastikan pelanggan sedia ada boleh terus menggunakan peranti tanpa perubahan langganan; Meta turut berancang memperkenalkan lebih banyak peranti di bawah jenama mereka.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Nilai pengambilalihan tidak didedahkan.

Meta berkata langkah ini akan mempercepatkan usaha mereka dalam membangunkan peranti boleh pakai berkuasa AI.


Limitless sebelum ini menghasilkan peranti berbentuk loket yang boleh dipakai bersama rantai atau pada pakaian, dengan keupayaan merakam perbualan dan menjana ringkasan perbualan tersebut.

Limitless memaklumkan pelanggan sedia ada boleh terus menggunakan peranti berkenaan tanpa sebarang langganan baharu dikenakan.

Bagi Meta, syarikat itu dijangka memperkenalkan lebih banyak peranti boleh pakai di bawah jenamanya.

Ketika ini, Meta bekerjasama dengan pengeluar kaca mata untuk menghasilkan kaca mata pintar yang mengintegrasikan sokongan Meta AI.

Selain Meta, beberapa syarikat lain turut meneroka penawaran serupa yang dilihat berpotensi menggantikan telefon pintar pada masa depan. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pengumuman terkini yang dibuat oleh Meta berkaitan dengan syarikat Limitless?
    A: Meta mengumumkan pengambilalihan syarikat Limitless yang memfokuskan pembangunan peranti boleh pakai berdasarkan kecerdasan buatan generatif.
  • Q: Apa keupayaan utama peranti yang sebelum ini dihasilkan oleh Limitless?
    A: Limitless menghasilkan peranti berbentuk loket yang boleh dipakai bersama rantai atau pada pakaian, dengan keupayaan merakam perbualan dan menjana ringkasan perbualan tersebut.
  • Q: Bagaimanakah Meta merancang untuk memperluaskan rangkaian peranti boleh pakai di bawah jenamanya?
    A: Meta merancang untuk memperkenalkan lebih banyak peranti boleh pakai di bawah jenamanya selepas pengambilalihan syarikat Limitless.
  • Q: Adakah pelanggan sedia ada Limitless perlu membuat langganan baru selepas pengambilalihan oleh Meta?
    A: Limitless memaklumkan pelanggan sedia ada boleh terus menggunakan peranti tanpa sebarang langganan baharu dikenakan selepas pengambilalihan oleh Meta.
  • Q: Siapakah rakan kongsi Meta dalam menghasilkan kaca mata pintar yang mengintegrasikan sokongan Meta AI?
    A: Meta bekerjasama dengan pengeluar kaca mata untuk menghasilkan kaca mata pintar yang mengintegrasikan sokongan Meta AI.



#Meta #Limitless #peranti boleh pakai #kecerdasan buatan