SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
GADGETS

Meta beku pengambilan pekerja bahagian AI

Amanz 22/08/2025 | 05:45 MYT
Meta mula terbuka kepada penggunaan model AI terbuka pihak ketiga, menunjukkan perubahan strategi dalam pembangunan AGI yang sebelum ini sangat kompetitif. -Gambar fail/Reuters
ADAKAH Sam Altman bercakap benar bahawa pasaran kecerdasan buatan (AI) sekarang berada di dalam gelembung? Beberapa petunjuk minggu ini seakan mengesahkan kenyataan dibuat pengasas OpenAI.


Ringkasan AI
  • Sam Altman menyatakan pasaran AI kini berada dalam gelembung, dan tindakan Meta membekukan pengambilan pekerja AI serta menyusun semula Superintelligence Labs memberi petunjuk sokongan kepada kenyataan itu.
  • Meta mula terbuka kepada penggunaan model AI terbuka pihak ketiga, menunjukkan perubahan strategi dalam pembangunan AGI yang sebelum ini sangat kompetitif.
  • Walaupun pelaburan besar masih diteruskan, peningkatan keupayaan model AI semakin kecil, kos semakin tinggi, dan kekurangan data latihan mula menjadi cabaran utama industri.


Selepas saham syarikat teknologi utama turun semalam, hari ini Meta telah membekukan pengambilan pekerja bahagian AI menurut laporan Wall Street Journal.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Meta, mereka mengesahkan pembekuan pengambilan tenaga kerja telah dilakukan sejak minggu lalu selari dengan penstrukturan semula secara meluas.

Kami laporkan semalam Meta Superintelligence Labs telah dipecahkan kepada empat bahagian utama beberapa minggu selepas ditubuhkan.

Meta juga kini terbuka kepada penggunaan model AI terbuka pihak ketiga bagi mempertingkat pembangunan kecerdasan am buatan (AGI).

Pembangunan AI masih lagi diteruskan dengan pesat oleh syarikat dan trilion telah dijanjikan untuk mengejar impian menjadi syarikat membangunkan AGI.

Tetapi setiap model baharu yang dilancarkan hanya memberikan peningkatan keupayaan yang kecil tetapi kos semakin tinggi serta kekurangan data untuk latihan.

Jika Meta mula menekan brek, adakah ini kenari di dalam lombong untuk industri AI? -Amanz




#Meta #Sam Altman #pasaran AI dalam gelembung #beku pengambilan pekerja #Superintelligence Labs