GADGETS

Meta beli pegangan hampir 3% pada syarikat induk Ray-Ban

Amanz 09/07/2025 | 06:30 MYT
Pelaburan ini selari dengan fokus Meta terhadap kaca mata pintar, termasuk produk berjenama Ray-Ban yang dilengkapi sokongan Meta AI. -Amanz
META hari ini dilaporkan telah melabur $3.5 bilion pada EssilorLuxottica, sekaligus mendapatkan pegangan kurang 3% pada syarikat pengeluar kaca mata terkemuka tersebut.


Ringkasan AI
  • Meta melabur AS$3.5 bilion dalam EssilorLuxottica, memperoleh pegangan kurang 3% dan merancang untuk meningkatkannya sehingga sekitar 5%.
  • Pelaburan ini selari dengan fokus Meta terhadap kaca mata pintar, termasuk produk berjenama Ray-Ban yang dilengkapi sokongan Meta AI.
  • Mark Zuckerberg memberi tumpuan kepada teknologi baharu seperti realiti maya, kaca mata pintar dan AI, selepas ketinggalan dalam arena telefon pintar yang kini didominasi Apple dan Google.


Untuk makluman, EssilorLuxottica mempunyai sejumlah jenama popular di bawah mereka, termasuk Ray-Ban dan juga Oakley.

Di samping itu, ia turut dikatakan Meta merancang untuk meningkatkan pegangan mereka pada syarikat berkenaan sehingga mencapai sekitar 5%.

Mark Zuckerberg sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena kaca mata pintar. Mereka menerajui arena ini, di mana sedia menawarkan kaca mata pintar berjenama Ray-Ban mereka di beberapa negara.

Malah, Mark Zuckerberg turut telah memperlihatkan perancangan masa hadapan, dengan mengintegrasikan sejumlah perkara pada kaca mata pintar mereka, termasuk sokongan Meta AI untuk berinteraksi.

Mark Zuckerberg sebelum ini sedia kecewa kerana lambat bertindak dalam arena telefon pintar yang kini didominasi oleh Apple dan Google.

Ini sekali gus membuatkan Mark Zuckerberg memberikan lebih fokus pada beberapa arena baharu, termasuk realiti maya, kaca mata pintar dan juga kecerdasan buatan.

Selain Meta, sebelum ini Google turut telah melakukan pelaburan pada syarikat kaca mata Warby Parker. -Amanz







#EssilorLuxottica #Meta #Mark Zuckerberg #Ray-Ban #oakley