awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta berdepan lebih banyak saman di Jepun berhubung iklan penipuan

Bernama
Bernama
23/10/2024
08:24 MYT
Meta berdepan lebih banyak saman di Jepun berhubung iklan penipuan
Plaintif berpendapat Meta perlu memastikan iklan tidak dibenarkan dipaparkan jika terdapat risiko penipuan yang boleh membahayakan pengguna. -Gambar fail
PEMILIK Facebook dan Instagram, Meta Platforms Inc, bakal berdepan lebih banyak saman baharu di Jepun berhubung iklan penipuan yang menggunakan sokongan palsu daripada selebriti terkenal, menurut peguam yang mewakili plaintif pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Meta Platforms Inc bakal berdepan lebih banyak saman di Jepun. Kira-kira 30 plaintif menuntut sekurang-kurangnya 300 juta yen (AS$2 juta) kerana gagal menghalang iklan penipuan yang menggunakan sokongan palsu daripada selebriti terkenal.
  • Tuntutan ganti rugi akan difailkan di lima mahkamah daerah, termasuk Saitama, Chiba, dan Osaka. Antara selebriti yang namanya disalahgunakan ialah usahawan Jepun, Yusaku Maezawa.
  • Plaintif berpendapat Meta perlu memastikan iklan tidak dibenarkan dipaparkan jika terdapat risiko penipuan yang boleh membahayakan pengguna. Meta sebelum ini berdepan saman serupa di Kobe.

Menurut Agensi Berita Kyodo, kira-kira 30 plaintif menuntut sekurang-kurangnya 300 juta yen (US$2 juta) daripada gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) dan cawangan Jepunnya, dengan mendakwa bahawa mereka gagal mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang penipuan itu.
Tuntutan ganti rugi akan difailkan di lima mahkamah daerah di seluruh Jepun, termasuk Saitama, Chiba, dan Osaka.
Antara selebriti yang namanya disalahgunakan dalam iklan palsu itu ialah usahawan Jepun, Yusaku Maezawa, pengasas peruncit fesyen dalam talian Zozo Inc., yang pernah mengembara ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada 2021 dengan kapal angkasa Rusia.
Menurut peguam, plaintif melihat iklan palsu berkenaan sebelum diminta untuk memindahkan wang ke akaun pelaburan yang ditetapkan.
Plaintif berpendapat bahawa Meta bertanggungjawab untuk menyiasat kandungan iklan yang disiarkan dan memastikan ia tidak dibenarkan dipaparkan di media sosial jika terdapat risiko penipuan yang boleh membahayakan pengguna.
Meta sebelum ini berdepan saman serupa yang difailkan pada awal tahun ini di Kobe oleh empat plaintif dan syarikat itu sedang berusaha untuk menolak tuntutan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Meta
#Jepun
#saman
#iklan penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan