[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
GADGETS

Meta didakwa raih pendapatan tinggi daripada iklan penipuan di China

Astro Awani 16/12/2025 | 06:22 MYT
Iklan penipuan menggunakan wajah selebriti tempatan seperti Khairul Aming pernah dilaporkan sebelum ini. -Foto Amanz
IKLAN berunsur penipuan, perjudian dan kandungan yang diharamkan bukan perkara baharu bagi pengguna media sosial.


Ringkasan AI
  • Meta dijangka menjana AS$18 bilion pada 2024 di China melalui iklan, AS$3 bilion daripadanya datang dari iklan penipuan, perjudian haram, dan kandungan terlarang lain.
  • Sekitar 25% iklan berunsur penipuan berasal dari China, namun pasukan penguatkuasaan iklan China Meta telah dibubarkan.
  • Meta menafikan Mark Zuckerberg terlibat dalam pembubaran pasukan dan menyatakan usaha membanteras penipuan ditingkatkan secara global, bukan hanya di China.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Walaupun syarikat teknologi sering mendakwa mereka menggandakan usaha membanterasnya, laporan Reuters mendedahkan Meta menyedari pendapatan tinggi daripada iklan penipuan tetapi tidak serius untuk menanganinya.

Dokumen yang dilihat Reuters menunjukkan Meta menjana AS$18 bilion (~RM74 bilion) pada 2024 di China melalui pengiklanan di Facebook, Instagram, dan WhatsApp.

Daripada jumlah ini, sekitar AS$3 bilion (~RM12 bilion) dianggarkan datang daripada iklan penipuan, perjudian haram, pornografi dan kandungan lain yang diharamkan.

Dalam siasatan dalaman Meta, sekitar 25% iklan berunsur penipuan dan produk terlarang berasal dari China.

Meta pada awalnya membentuk pasukan khas untuk mengurangkan impak iklan ini, namun pasukan penguatkuasaan iklan China dilaporkan “diminta menghentikan sementara” tugasnya sebelum dibubarkan.

Meta juga menarik semula pembekuan ke atas agensi iklan baharu dari China dan menangguhkan pelaksanaan langkah antipenipuan yang terbukti berkesan dalam ujian dalaman.

Dalam kenyataan kepada Reuters, Meta menafikan dakwaan bahawa Mark Zuckerberg mengarahkan pembubaran pasukan tersebut, sebaliknya menyatakan usaha membanteras penipuan digandakan di peringkat global dan bukan hanya di China.

Isu iklan penipuan menggunakan wajah selebriti tempatan seperti Khairul Aming dan MrBeast pernah dilaporkan sebelum ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bulan lalu memaklumkan akan memanggil wakil Meta untuk penjelasan berhubung laporan bahawa 10% pendapatan iklan Meta datang daripada penipuan. -Amanz









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jumlah pendapatan yang dijana oleh Meta daripada iklan penipuan, perjudian haram, dan kandungan terlarang?
    A: Meta dijangka menjana sekitar AS$3 bilion (RM12 bilion) daripada iklan penipuan, perjudian haram, pornografi, dan kandungan terlarang, daripada jumlah keseluruhan AS$18 bilion (RM74 bilion) yang dijana pada tahun 2024 di China.
  • Q: Berapa peratusan iklan berunsur penipuan dan terlarang yang disiasat yang berasal dari China?
    A: Siasatan dalaman Meta mendapati bahawa kira-kira 25% iklan berunsur penipuan dan produk terlarang berasal dari China.
  • Q: Mengapakah pasukan penguatkuasaan iklan China diminta untuk menghentikan tugas sementara oleh Meta?
    A: Pasukan penguatkuasaan iklan China yang dibentuk oleh Meta dilaporkan "diminta menghentikan sementara" tugasnya sebelum dibubarkan, walaupun Meta pada mulanya membentuk pasukan khas untuk mengurangkan impak iklan penipuan.



#China #Meta #pornografi #Mark Zuckerberg #Khairulaming