Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
GADGETS

Meta lancar cermin mata pintar MR Hypernova seawal bulan depan

Amanz 18/08/2025 | 06:00 MYT
Hypernova dilengkapi gelang tangan EMG untuk kawalan melalui isyarat otak, dua kamera sisi, dan modul waveguide untuk paparan imej pada kaca. -Amanz
META akan melancarkan cermin mata pintar Hypernova mereka seawal bulan September, menurut laporan Bloomberg.


Ringkasan AI
  • Meta dijangka melancarkan cermin mata pintar Hypernova seawal September dengan harga $800, menampilkan skrin terbina dan sokongan realiti bercampur (MR).
  • Hypernova dilengkapi gelang tangan EMG untuk kawalan melalui isyarat otak, dua kamera sisi, dan modul waveguide untuk paparan imej pada kaca.
  • Pelancaran ini bertujuan mendahului pesaing seperti Google, Samsung dan Apple yang merancang keluaran cermin mata pintar masing-masing tahun depan.


Hypernova hadir dengan satu skrin terbina pada permukaan kaca dengan ia menyokong ciri realiti bercampur (MR) yang membezakannya dengan Ray-Ban Meta dan Oakley Meta HSTN.

Dalam laporan yang sama, Hypernova akan dijual pada harga AS$800 sepasang.

Rekaan Hypernova telah tertiris sebelum ini dengan ia dibangunkan menggunakan nama Meta Celeste.

Ia ditawarkan dengan gelang tangan electromyography (EMG) yangmembolehkan kawalan dilakukan dengan hanya berfikir kerana ia membaca isyarat yang dihantar oleh otak.

Dua kamera diletakkan pada sisi bingkai dengan modul untuk alat waveguide yang memancarkan imej pada kaca cermin mata untuk pengalaman MR turut diletakkan pada tangkai cermin mata.

Dengan pelancarannya bulan depan, Meta ingin memastikan mereka dapat mendahului pasaran cermin mata pintar dengan kemampuan AI.

Google, Samsung dan Apple ketiga-tiganya mengacah pelancaran cermin mata pintar mereka. Google dan Samsung hanya akan melancarkan cermin mata pintar Android XR awal tahun depan. -Amanz





#cermin mata pintar #Hypernova #Meta #sokongan realiti bercampur