Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah

Amanz
Februari 15, 2024 04:05 MYT
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc. -Amanz
META, syarikat induk sebalik Facebook, Instagram dan WhatsApp, kini mengumumkan penambahan ahli lembaga pengarah baharu untuk syarikat mereka, termasuk seorang anak kelahiran Malaysia, iaitu CEO Broadcom, Hock Tan.
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo.
Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.
Kepakaran Hock Tan dalam arena semikonduktor dijangka akan membantu Meta yang kini giat melakukan pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dan pembangunan GenAI.
Selain Hock Tan, ahli lembaga pengarah Meta juga turut terdiri daripada CEO Dropbox, pelabur Marc Andreessen, dan lain-lain. -Amanz
#Hock Tan #ahli lembaga pengarah #Broadcom #anak kelahiran Malaysia