GADGETS

Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram

Amanz 12/01/2026 | 04:16 MYT
Pengguna dinasihatkan mengabaikan emel tetapan semula kata laluan yang tidak diminta dan memadamnya. -Gambar fail/Amanz
META menafikan dakwaan bahawa 17.5 juta akaun Instagram tertiris ke web gelap selepas ramai pengguna menerima emel meminta tetapan semula kata laluan.


Ringkasan AI
  • Meta menafikan dakwaan kebocoran 17.5 juta akaun Instagram ke web gelap selepas pengguna menerima emel meminta tetapan semula kata laluan.
  • Wakil Instagram menjelaskan bahawa kerentanan yang membolehkan penggodam hantar emel tetapan semula kata laluan telah ditutup dan data yang dijual di laman web gelap adalah maklumat lama dari tahun 2017.
  • Meta menegaskan dakwaan kebocoran data melalui API pada 2022 dan 2024 juga dinafikan serta mengingatkan pengguna untuk mengamalkan kata laluan kukuh dan 2FA untuk keselamatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kenyataan kepada portal teknologi Bleeping Computer, wakil Instagram menjelaskan kerentanan yang membolehkan penggodam menghantar emel tetapan semula kata laluan kepada sebilangan pengguna telah ditutup.

Meta turut menegaskan data yang didakwa dijual di laman web gelap adalah maklumat lama dari tahun 2017 yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Antara maklumat yang dijual termasuk nama akaun, nama pengguna, nombor telefon, alamat dan emel.

Dakwaan kebocoran data melalui API pada 2022 dan 2024 juga dinafikan.

Pengguna dinasihatkan mengabaikan emel tetapan semula kata laluan yang tidak diminta dan memadamnya.

Meta mengingatkan ciri keselamatan terbaik adalah penggunaan kata laluan yang kukuh serta pengaktifan sistem pengesahan dua faktor (2FA) seperti Passkey.

-Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah dakwaan yang telah META nafikan berkaitan dengan akaun Instagram?
    A: META menafikan dakwaan bahawa 17.5 juta akaun Instagram tertiris ke web gelap selepas ramai pengguna menerima emel meminta tetapan semula kata laluan.
  • Q: Apa tindakan yang telah diambil oleh Instagram bagi menangani kerentanan yang disebut?
    A: Wakil Instagram menjelaskan bahawa kerentanan yang membolehkan penggodam menghantar emel tetapan semula kata laluan telah ditutup.
  • Q: Apakah yang dikatakan Meta berkenaan data yang didakwa dijual di laman web gelap?
    A: Meta menegaskan bahawa data yang didakwa dijual di laman web gelap adalah maklumat lama dari tahun 2017 yang diperoleh daripada pelbagai sumber, antaranya nama akaun, nama pengguna, nombor telefon, alamat dan emel.
  • Q: Apakah yang dinafikan berkaitan dengan dakwaan kebocoran data melalui API pada tahun 2022 dan 2024?
    A: Dakwaan kebocoran data melalui API pada 2022 dan 2024 juga telah dinafikan oleh Meta.
  • Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada pengguna Instagram berkenaan dengan emel tetapan semula kata laluan?
    A: Pengguna dinasihatkan untuk mengabaikan emel tetapan semula kata laluan yang tidak diminta dan memadamnya, serta untuk menggunakan kata laluan yang kukuh dan mengaktifkan sistem pengesahan dua faktor (2FA) seperti Passkey.



#Instagram #Meta #web gelap dark web #tetapan semula kata laluan