GADGETS
Meta Ray-Ban Display perkenal navigasi baharu, sokongan EMR dan teleprompter
Meta mengemas kini cermin mata pintar Ray-Ban Display dengan tiga ciri baharu termasuk kebolehan menaip menggunakan gelang Meta Neural Band (EMR). -Foto Amanz
META mengemas kini cermin mata pintar Ray-Ban Display dengan tiga ciri baharu bagi meningkatkan kegunaan peranti.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Antara ciri utama ialah keupayaan menaip menggunakan gelang Meta Neural Band (EMR), membolehkan pengguna menaip dengan menggerakkan satu jari di atas permukaan rata.
Buat masa ini, sokongan hanya tersedia untuk aplikasi WhatsApp dan Messenger dalam bahasa Inggeris.
Ciri kedua ialah teleprompter yang memaparkan teks panjang untuk skrip pada skrin terbina dalam peranti.
Kelajuan paparan boleh dikawal menggunakan Meta Neural Band, manakala teks boleh diimport daripada aplikasi Notes, Google Docs dan Meta AI.
Selain itu, sokongan peta navigasi ditambah untuk empat bandar baharu iaitu Denver, Las Vegas, Portland dan Salt Lake City, menjadikan keseluruhan 32 bandar disokong.
Meta turut memaklumkan jualan Ray-Ban Display ke UK, Perancis, Itali dan Kanada ditangguhkan kerana permintaan tinggi dan inventori terhad.
Tempoh menunggu di Amerika Syarikat sudah penuh sepanjang 2026, manakala tarikh pelancaran baharu ke empat negara tersebut belum diumumkan.-Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Meta mengemas kini cermin mata pintar Ray-Ban Display dengan tiga ciri baharu termasuk kebolehan menaip menggunakan gelang Meta Neural Band (EMR).
- Sokongan untuk aplikasi WhatsApp dan Messenger hanya tersedia dalam bahasa Inggeris buat masa ini.
- Tambahan peta navigasi untuk empat bandar baru dan penangguhan jualan di UK, Perancis, Itali dan Kanada disebabkan permintaan tinggi serta inventori terhad.
Antara ciri utama ialah keupayaan menaip menggunakan gelang Meta Neural Band (EMR), membolehkan pengguna menaip dengan menggerakkan satu jari di atas permukaan rata.
Buat masa ini, sokongan hanya tersedia untuk aplikasi WhatsApp dan Messenger dalam bahasa Inggeris.
Ciri kedua ialah teleprompter yang memaparkan teks panjang untuk skrip pada skrin terbina dalam peranti.
Kelajuan paparan boleh dikawal menggunakan Meta Neural Band, manakala teks boleh diimport daripada aplikasi Notes, Google Docs dan Meta AI.
Selain itu, sokongan peta navigasi ditambah untuk empat bandar baharu iaitu Denver, Las Vegas, Portland dan Salt Lake City, menjadikan keseluruhan 32 bandar disokong.
Meta turut memaklumkan jualan Ray-Ban Display ke UK, Perancis, Itali dan Kanada ditangguhkan kerana permintaan tinggi dan inventori terhad.
Tempoh menunggu di Amerika Syarikat sudah penuh sepanjang 2026, manakala tarikh pelancaran baharu ke empat negara tersebut belum diumumkan.-Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah ciri baharu yang ditambah kepada cermin mata pintar Ray-Ban Display oleh Meta?
A: Keupayaan menaip menggunakan gelang Meta Neural Band, teleprompter untuk paparan teks panjang, dan sokongan peta navigasi untuk empat bandar baharu. - Q: Apakah aplikasi yang disokong oleh ciri menaip menggunakan gelang Meta Neural Band?
A: Buat masa ini, sokongan hanya tersedia untuk aplikasi WhatsApp dan Messenger dalam bahasa Inggeris. - Q: Mengapakah jualan Ray-Ban Display di UK, Perancis, Itali dan Kanada ditangguhkan oleh Meta?
A: Jualan ditangguhkan disebabkan oleh permintaan tinggi dan inventori yang terhad.