GADGETS

Meta uji had muat naik pautan di Facebook, langganan Meta Verified diperlukan

Astro Awani 18/12/2025 | 11:50 MYT
Ciri ini berpotensi memberi kesan kepada selebriti, pengaruh, akaun jenama, laman web, dan syarikat media di platform Facebook dan Instagram. -Foto Amanz
META dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang mengehadkan jumlah pautan boleh dimuat naik di Facebook kepada dua sahaja sebulan, melainkan pengguna melanggan Meta Verified.


Ringkasan AI
  • Meta sedang menguji ciri baharu yang membataskan jumlah pautan yang boleh dimuat naik di Facebook kepada dua sebulan, kecuali pengguna melanggan Meta Verified.
  • Ciri ini berpotensi memberi kesan kepada selebriti, pengaruh, akaun jenama, laman web, dan syarikat media di platform Facebook dan Instagram.
  • Walaupun langganan Meta Verified memerlukan bayaran bulanan dari pengguna, ia dipercayai dapat mengurangkan penipuan dengan memastikan akaun yang sah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut laporan TechCrunch, notifikasi mengenai had tersebut diterima oleh pengguna mod profesional dan Facebook Pages.

Meta menjelaskan ciri ini masih dalam peringkat ujian bagi mengumpul maklum balas mengenai bayaran untuk memuat naik pautan.

Jika diwajibkan kelak, langkah ini dijangka memberi kesan kepada selebriti, pempengaruh, akaun jenama, laman web dan syarikat media.

Meta sebelum ini menyatakan langganan Meta Verified memberikan capaian lebih tinggi di Facebook dan Instagram berbanding akaun biasa.

Di Malaysia, harga langganan Meta Verified bermula daripada RM36.99 sebulan.

Walaupun ia menambah kos kepada syarikat, ciri ini dilihat mampu mengurangkan risiko penipuan dengan memastikan akaun benar-benar milik individu atau organisasi yang sah. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah ciri baharu yang Meta sedang menguji yang melibatkan jumlah pautan boleh dimuat naik di Facebook?
    A: Menurut laporan, Meta sedang menguji ciri yang menghadkan jumlah pautan boleh dimuat naik kepada dua sebulan, kecuali pengguna melanggan Meta Verified.
  • Q: Siapakah yang menerima notifikasi mengenai had pautan tersebut menurut laporan TechCrunch?
    A: Menurut laporan, notifikasi mengenai had pautan tersebut diterima oleh pengguna mod profesional dan Facebook Pages.
  • Q: Apakah tujuan Meta menguji ciri ini yang menghadkan jumlah pautan boleh dimuat naik di Facebook?
    A: Meta menguji ciri ini bagi mengumpul maklum balas mengenai bayaran untuk memuat naik pautan.
  • Q: Bagaimanakah langganan Meta Verified memberi kesan kepada pengguna seperti selebriti, pempengaruh, dan akaun jenama?
    A: Jika dikuatkuasakan, langkah ini dijangka memberi kesan kepada selebriti, pempengaruh, akaun jenama, laman web, dan syarikat media.
  • Q: Apa yang Meta nyatakan mengenai capaian bagi langganan Meta Verified berbanding akaun biasa di Facebook dan Instagram?
    A: Meta sebelum ini menyatakan langganan Meta Verified memberikan capaian lebih tinggi di Facebook dan Instagram berbanding akaun biasa.



#Meta #Facebook #Meta Verified #Facebook Pages