GADGETS

Meta umum perjanjian pelesenan AI visual bersama Midjourney

Amanz 23/08/2025 | 05:15 MYT
Meta bekerjasama dengan Midjourney untuk melesenkan model AI penjanaan gambar dan video bagi integrasi ke dalam produk Meta. -Amanz
META umum kerjasama dengan salah satu firma kecerdasan buatan memfokuskan penjanaan gambar dan video, Midjourney.


Ringkasan AI
  • Meta bekerjasama dengan Midjourney untuk melesenkan model AI penjanaan gambar dan video bagi integrasi ke dalam produk Meta.
  • Kerjasama ini dijangka meningkatkan keupayaan visual Meta, memanfaatkan reputasi Midjourney dalam penjanaan imej berkualiti tinggi dan ciri video baharu.
  • Langkah ini memberi kelebihan strategik kepada kedua-dua pihak dalam persaingan teknologi AI kreatif.


Dengan langkah ini, Meta akan melesenkan model kecerdasan buatan mereka untuk digunakan dalam produk dan model Meta akan datang.

Dengan langkah ini, Meta akan menerima model penjanaan visual yang baik untuk diintegrasikan bersama, sekali gus menawarkan penyelesaian lebih baik berbanding yang lain.

Midjourney sebelum ini telah sedia terkenal dengan penawaran gambar yang sangat baik berbanding lain, dan pada masa yang sama baru-baru ini telah memperluaskan penawaran mereka meliputi penjanaan video.

Midjourney juga sebelum ini menyasarkan untuk hadir dengan peranti mereka tersendiri, namun tidak diketahui bagaimanakah perancangannya kini.

Dengan pelesenan ini, ia dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak dalam arena kecerdasan buatan ini. -Amanz






#kecerdasan buatan #Meta #Midjourney #AI penjanaan gambar dan video