MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di utara Semenanjung

Azyyati Ahmad
Disember 21, 2021 03:13 MYT
Menurut MetMalaysia, lekukan tropika yang dicerap di perairan utara sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri di utara Semenanjung hari ini.
Menurut jabatan itu, amaran tahap waspada itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama.
Menurut Met Malaysia, lekukan tropika yang dicerap di perairan utara sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.
Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah.
Sebelum ini, MetMalaysia juga telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Perlis dan Kedah.

#hujanlebatmetmalaysia#metmalaysia #MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/G6XSadlyRe

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/ZmRYYR3KB1

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir #Kedah #Perlis #MetMalaysia