MetMalaysia beri amaran ribut tropika

Bernama
Februari 20, 2021 12:43 MYT
Menurut MetMalaysia, keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 1,324 kilometer (km) ke timur Sandakan, Sabah.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu berada sekitar 465 km ke Timur Davao, Filipina pada 5 petang tadi.
"Kelajuan maksimum angin boleh mencapai 72 km sejam (km/j)," menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #amaran #Ribut Tropika #Sandakan #Sabah #Davao #Filipina #angin kencang #laut bergelora #Laut China Selatan