Skip to main content

Malaysia

MetMalaysia: Hujan berterusan di empat negeri hingga esok

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok di Perlis, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah dan Perak. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok di Perlis, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah dan Perak. - Gambar hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok, di empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan itu dijangka melanda kawasan terbabit sepanjang tempoh itu.

Di Kedah, kawasan  dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran sama turut meliputi seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement