MALAYSIA
MetMalaysia keluar amaran cuaca panas di Perak, Pahang, Sarawak
Cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dikenal pasti di tiga kawasan di Semenanjung serta sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
KUALA LUMPUR: Cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dikenal pasti di tiga kawasan di Semenanjung serta sembilan lokasi di Sarawak, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, MetMalaysia memaklumkan ia membabitkan Kampar di Perak serta Maran dan Rompin di Pahang.
Di Sarawak pula melibatkan Marudi, Mukah, Sibu, Kanowit, Sarikei, Sri Aman, Lundu, Bau dan Kuching.
Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini