MALAYSIA
MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nokaen
MetMalaysia mengesan ribut tropika Nokaen pada Latitud 16.6° Utara dan Longitud 126.5° Timur, yang dijangka bergerak ke arah Timur Timur Laut dengan kelajuan 10km/j. - Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen yang dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur, kira-kira 479 kilometer (km) di timur laut Naga City, Filipina.
Kenyataan MetMalaysia hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi, ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.
Ribut itu berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah dan tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia.
-- BERNAMA