[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Kong-Rey

Bernama 29/10/2024 | 02:40 MYT
Filipina ketika ini dilanda bencana alam susulan hujan lebat yang dibawa Ribut Tropika Trami seperti dilihat di Camarines Sur, 24 Okt 2024. - REUTERS
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Kong-Rey, yang dikesan kira-kira 1,662 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.
Berdasarkan pencerapan pada pukul 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan tersebut bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 15 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 130 km/j.
"Tiada kesan signifikan taufan tersebut ke atas Malaysia," menurutnya.
-- BERNAMA
#taufan #taufan Kong-Rey #Filipina #Sabah