MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Saudel

Bernama
Oktober 22, 2020 16:57 MYT
MetMalaysia mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Taufan Saudel kini berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina dan sedang bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam.
Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.
Berdasarkan pencerapan 11 malam ini, MetMalaysia menyatakan jarak taufan itu kira-kira 1,164 km ke barat laut Kudat, Sabah.
-- BERNAMA
#Taufan Saudel #Jabatan Meteorologi Malaysia #MetMalaysia #Manila #Filipina #Nasihat Taufan #angin kencang #perairan Sabah #Kudat