[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
NATIONAL

MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing

Bernama 08/11/2024 | 02:45 MYT
Menurut MetMalaysia, taufan Yinxing boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan terbabit bergerak ke arah barat berkelajuan 20 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 139 km/j.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


#MetMalaysia #taufan Yinxing #Filipina #Sabah #terkini