awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang

Bernama
Bernama
19/04/2024
13:30 MYT
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan terus memantau perkembangan dan sebarang perubahan insiden letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia bagi menilai kesannya terhadap Malaysia. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan terus memantau perkembangan dan sebarang perubahan insiden letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia bagi menilai kesannya terhadap Malaysia, kata Ketua Pengarah berkenaan Muhammad Helmi Abdullah.
Beliau berkata pihaknya juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
"Tiada tsunami dijangkakan (pada masa ini) dan METMalaysia akan terus memantau untuk sebarang kemungkinan memandangkan letusan gunung berapi boleh menyebabkan tsunami sekiranya ada kaldera yang runtuh akibat aktiviti gunung berapi di kawasan lautan yang memungkinkan peralihan sejumlah besar air laut.
"Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Indonesia ada mengeluarkan amaran tsunami sebagai langkah berjaga-jaga untuk rantau berdekatan kawasan letusan gunung berapi terbabit," katanya kepada Bernama.
Pada 9.45 malam Selasa lepas, letusan letupan berlaku dengan ketinggian dianggarkan 2,000 meter dari puncak, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).
Jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan menjelaskan keadaan bertambah buruk, dengan abu letusan itu mencecah 2,500 meter pada 17 April pukul 1.08 pagi.
Badan geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara boleh mencapai 25 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#Pantau
#letusan Gunung Puang
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan