MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Mersing, Johor esok

Bernama
Mac 28, 2022 15:25 MYT
MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan sekitar Menara Tanjung Mersing agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi esok.
MetMalaysia menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara itu agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.
Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian itu akan turut dimaklumkan.
-- BERNAMA
#MetMalaysia #amaran tsunami #Jabatan Meteorologi Malaysia #siren #Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia #SAATNM #Mersing #Johor