MALAYSIA
MEV tanda Malaysia iktiraf sumbangan pekerja Bangladesh – PM Anwar
Perdana Menteri berkata. Bangladesh adalah rakan penting kerana pekerja negara itu memainkan peranan besar dalam membantu kemajuan Malaysia. - Foto Reuters
PUTRAJAYA: Kemudahan Visa Masuk Berganda atau Multiple Entry Visa (MEV) untuk pekerja warga Bangladesh merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bangladesh adalah rakan penting kerana pekerja negara itu memainkan peranan besar dalam membantu kemajuan Malaysia.
“Pekerja Bangladesh telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan kita. Sebab itu Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia bersetuju memperkenalkan MEV ini, khusus untuk membantu mereka pulang bertemu keluarga dan berasa lebih terjamin dalam pekerjaan.
“Bangladesh juga telah mengemukakan cadangan, termasuk memberi keutamaan membantu pekerja yang terkandas,” katanya pada sidang media bersama Ketua Penasihat Bangladesh, Prof Muhammad Yunus, di sini hari ini.
MEV mula dilaksanakan pada 8 Ogos lalu, membolehkan pemegang Pas Lawatan Pekerjaan Sementara (PLKS) pulang bertemu keluarga tanpa perlu memohon visa baharu, sekali gus memudahkan urusan perjalanan dan meningkatkan jaminan pekerjaan.
Anwar turut memaklumkan bahawa Malaysia dan Bangladesh akan memperkukuh kerjasama sedia ada dalam sektor tenaga melalui Petronas, telekomunikasi melalui Axiata, serta memperluasnya ke bidang halal, STEM, penyelidikan dan semikonduktor.
Sementara itu, Muhammad Yunus menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik terhadap pekerja Bangladesh yang disifatkan sebagai sebahagian daripada keluarga, bukan sekadar tenaga kerja asing.
“Ramai pekerja kami di sini menghantar pendapatan pulang untuk menyara keluarga, menghantar anak ke sekolah dan memastikan pendidikan yang baik.
“Mereka gembira bekerja di sini, malah menganggap Malaysia sebagai rumah kedua,” katanya.
Beliau berharap peluang pekerjaan di Malaysia akan kekal terbuka dan semakin luas untuk generasi muda Bangladesh pada masa hadapan.
“Mereka bukan sahaja bekerja, tetapi turut mempelajari banyak perkara untuk dibawa pulang, memulakan perniagaan sendiri dan membangunkan aktiviti ekonomi di negara kami. Kami amat berterima kasih kepada Malaysia,” ujarnya.
Muhammad Yunus turut mengalu-alukan pelaburan Malaysia di Bangladesh, sambil menegaskan negara itu mempunyai sumber manusia dan teknologi yang mampu ditawarkan kepada pelabur.
“Pelabur Malaysia boleh menjual produk mereka ke seluruh dunia melalui Bangladesh. Kami berharap hubungan kewangan dan pelaburan dapat diperluas, sekali gus membina ekonomi mampan dan berdaya saing tinggi,” katanya.
Terdahulu, Yunus diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, disertai pemeriksaan kawalan kehormatan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Lawatan rasmi ini berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok.
Ringkasan AI
- Malaysia memperkenalkan kemudahan MEV kepada pekerja Bangladesh mulai 8 Ogos 2025, membolehkan mereka pulang bertemu keluarga tanpa perlu memohon visa baharu.
- Perdana Menteri menegaskan MEV sebagai penghargaan terhadap sumbangan pekerja Bangladesh, yang dianggap sebagai sebahagian daripada pembangunan ekonomi Malaysia.
- Malaysia dan Bangladesh turut memperkukuh kerjasama dalam tenaga, telekomunikasi, halal, STEM dan pelaburan, dengan Prof Muhammad Yunus mengalu-alukan pelaburan Malaysia ke Bangladesh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bangladesh adalah rakan penting kerana pekerja negara itu memainkan peranan besar dalam membantu kemajuan Malaysia.
“Pekerja Bangladesh telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan kita. Sebab itu Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia bersetuju memperkenalkan MEV ini, khusus untuk membantu mereka pulang bertemu keluarga dan berasa lebih terjamin dalam pekerjaan.
“Bangladesh juga telah mengemukakan cadangan, termasuk memberi keutamaan membantu pekerja yang terkandas,” katanya pada sidang media bersama Ketua Penasihat Bangladesh, Prof Muhammad Yunus, di sini hari ini.
MEV mula dilaksanakan pada 8 Ogos lalu, membolehkan pemegang Pas Lawatan Pekerjaan Sementara (PLKS) pulang bertemu keluarga tanpa perlu memohon visa baharu, sekali gus memudahkan urusan perjalanan dan meningkatkan jaminan pekerjaan.
Anwar turut memaklumkan bahawa Malaysia dan Bangladesh akan memperkukuh kerjasama sedia ada dalam sektor tenaga melalui Petronas, telekomunikasi melalui Axiata, serta memperluasnya ke bidang halal, STEM, penyelidikan dan semikonduktor.
Sementara itu, Muhammad Yunus menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik terhadap pekerja Bangladesh yang disifatkan sebagai sebahagian daripada keluarga, bukan sekadar tenaga kerja asing.
“Ramai pekerja kami di sini menghantar pendapatan pulang untuk menyara keluarga, menghantar anak ke sekolah dan memastikan pendidikan yang baik.
“Mereka gembira bekerja di sini, malah menganggap Malaysia sebagai rumah kedua,” katanya.
Beliau berharap peluang pekerjaan di Malaysia akan kekal terbuka dan semakin luas untuk generasi muda Bangladesh pada masa hadapan.
“Mereka bukan sahaja bekerja, tetapi turut mempelajari banyak perkara untuk dibawa pulang, memulakan perniagaan sendiri dan membangunkan aktiviti ekonomi di negara kami. Kami amat berterima kasih kepada Malaysia,” ujarnya.
Muhammad Yunus turut mengalu-alukan pelaburan Malaysia di Bangladesh, sambil menegaskan negara itu mempunyai sumber manusia dan teknologi yang mampu ditawarkan kepada pelabur.
“Pelabur Malaysia boleh menjual produk mereka ke seluruh dunia melalui Bangladesh. Kami berharap hubungan kewangan dan pelaburan dapat diperluas, sekali gus membina ekonomi mampan dan berdaya saing tinggi,” katanya.
Terdahulu, Yunus diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, disertai pemeriksaan kawalan kehormatan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Lawatan rasmi ini berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

#Pas Lawatan Kerja Sementara
#Malaysia
#Bangladesh
#Prof Muhammad Yunus
#lawatan rasmi
#terkini
#MEV