DREBAR
Mewah, dan juga ramah alam sekitar

Apabila menyebut tentang kereta berteknologi hibrid, kita akan terbayang model-model kereta Jepun seperti Toyota Prius, Honda Insight, Nissan Serena S-Hybrid, Lexus CT200H dan Honda CR-Z. Agak jarang kita mendengar model kereta dari Eropah yang berteknologi hybrid, sekurang-kurangnya di Malaysia. Di dalam ‘perang’ penjimatan bahan api ini, Volkswagen tidak mahu ketinggalan dan jenama terulung dari German ini telah membuat penampilan menarik dan nampaknya mahu turut serta.

Volkswagen telah menampakkan kereta konsep coupe sedan empat pintu berkuasa hibrid yang dikenali sebagai C Coupe GTE pada pameran Auto Shanghai 2015. Nama yang panjang tetapi bersesuaian dengan sebuah sedan coupe yang panjangnya melebihi 5 meter.
Sedan Coupe ini kelihatan bergaya dan mewah jika dilihat dari setiap sudut. Bonnet belakangnya direka panjang, garisan badan (body line) tepi yang elegan dan cermin tingkap sisi yang rendah menyerlahkan ciri-ciri coupe kereta ini.

C Coupe GTE ini mempunyai ciri pacuan Plug In-Hybrid yang tercanggih di dunia. Ianya dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder (TSI) dan disambungkan kepada kotak gear 8 kelajuan automatik. Jika dipisahkan, enjin TSI Volkswagen ini menghasilkan kuasa 207hp dan motor elektriknya pula menghasilkan kuasa 122hp.
(Klik untuk galeri penuh)
Apabila digabungkan, sistem hibrid ini menghasilkan kuasa 242hp dan tork sebanyak 500Nm. Bateri pada kereta ini boleh di caj semasa pemanduan dan semasa kereta di tempat parkir.
Jumlah pemanduan yang boleh ditempuh dengan hanya menggunakan mtoor elektrik adalah 50 kilometer pada kelajuan 130km/j. Ini memang menjimatkan petrol, kerana dari segi praktikal, kebanyakan pemandu di Malaysia banyak menghabiskan masa memandu pergi dan pulang dari tempat kerja yang selalunya di dalam lingkungan 50km dari rumah. Tapi harus ingat, kereta ini masih di peringkat konsep.
Dan bukan sekadar jimat, perjalanan juga pasti sangat senyap kerana motor elektrik (hampir) tidak menghasilkan sebarang bunyi. Penggunaan bahan api pada kereta ini sangat jimat iaitu hanya 2.3 liter/100 km (petrol dan hibrid digabungkan) dan pelepasan gas CO2 hanyalah sebanyak 55g/km.
Walaupun dengan penjimatan minyak yang baik, Volkswagen tidak memandang ringan tentang kelajuan. Kereta ini mampu mecapai kelajuan 100 km/j di dalam masa hanya 8.6 saat dan mampu mencecah kelajuan maksimum 232 km/j.