Berita yang ditunggu-tunggu tauke-tauke (kecil) seantero Malaysia sudah datang – Mercedes C-Class generasi terbaru (W205) sudah dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh pengedar rasmi, Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM).

Dengan rekaan luaran yang lebih menawan yang jelas mengikut penggayaan Mercedes terkini, daripada hatchback A-Class yang ranggi sehingglah ke S-Class yang mewah, C-Class baru ini
Saiz C-Class ini telah bertambah: 80mm untuk wheelbase (sekarang 2840mm), 95mm untuk panjang keseluruhan (4686mm) dan lebih lebar sebanyak 40mm ke 1810mm. Oleh itu, saiz kabinnya memang jelas lebih besar dari generasi sebelumnya termasuk dengan saiz boot 480 liter.

Penambahan penggunaan aluminium pada komponen badan – yang bertambah dari 10% pada generasi sebelumnya ke hampir 50% ke model baru ini – berjaya mengurangkan berat kereta ini sebanyak 70kg, dan berat keseluruhan turun sebanyak 100kg. Ini menjadikannya kereta yang paling ringan di dalam kelasnya.

Faedah yang dibawa adalah mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 20% tanpa menjejaskan prestasi di samping penurunan titik graviti.

Varian
MBM menyediakan C-Class di dalam varian C200 Avantgarde dan C250 Exclusive. Cara paling mudah untuk melihat variasi diantara keduanya adalah pada logo Mercedes itu sendiri. Untuk Avantgarde, gril hadapannya mempunyai dua kekisi dan logo pengeluar dilekatkan di atas bonet manakala versi Exclusive menampakkan logonya cara klasik – berdiri di hujung bonet.

Varian Exclusive mempunyai keunikan dengan kekisi gril ‘Airpanel’ aktif yang dapat menghalang kemasukan udara ke dalam ruang enjin. Ini berlaku secara automatik dan bergantung kepada keperluan penyejukkan enjin. Apabila ia ditutup, kereta ini menjadi lebih aerodinamik dan lebih cekap di dalam menyusuri jalan.

Kualiti-kualiti penting yang diberikan kepada C-Class baru ini termasuk:
- Tidak ada sumber cahaya daripada kereta ini yang menggunakan mentol. Kesemuanya menggunakan LED yang lebih cekap dan cantik.
- Sistem Collision Prevention Assist Plus mampu untuk mengurangkan impak pelanggaran jika pemandu tidak bertindak sebelum pelanggaran bakal berlaku. Ia akan membrek secara automatik walaupun dari kelajuan 200km/sj.
- Aktive Parking Assist menawarkan kemampuan parkir secara automatik.
- Ruang kabin menerima papan kemuka yang direka dengan konsol tengah yang sangat elegan. Ia sebuah rekaan ‘one-piece’ dan bermula dari corong udara tengah hinggalah ke tempat rehat lengan.
- Kawalan kepada sistem dibuat menerusi penggunaan ‘touch pad’ dan menerima isyarat sentuhan jari sepertimana telefon pintar.
- ‘Touch pad’ ini turut menerima input sentuhan jari yang menyerupai huruf, nombor dan aksara, dalam bahasa-bahasa yang disokong sistem Audio 20-nya.
- C-Class baru ini adalah satu-satunya model yang dilengkapkan dengan kebolehan untuk mengarahkan corong ventilasi udara dari luar ditutup apabila kenderaan memasuki terowong. Ini adalah berdasarkan peta sistem navigasi; corong ventilasi ini akan terbuka kembali apabila kereta sudah keluar daripada terowong.
- Sistem penghawa dinginnya juga mempunyai ‘ioniser’ dan sistem tapisan yang lebih maju, di samping pewangi aktif.
ModelC 200 Avantgarde (CBU)C 250 Exclusive (CBU)
Kapasiti enjin1991cc1991cc
Hp184211
Nm300350
0-100km/sj7.5 saat6.6 saat
l/100km5.35.3
CO2 g/km123123
Harga (atas jalan tanpa insurans)RM285,888RM314,888


(Klik sini untuk galeri gambar Mercedes C-Class C200 Avantgarde)

(Klik sini untuk galeri gambar Mercedes C-Class C250 Exclusive)