KOTA BHARU: Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) menyasarkan pengurangan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus yang dapat dicapai menerusi Program Komuniti Lestari sebelum 2030.
Ketua Pegawai Eksekutif MGTC Shamsul Bahar Mohd Nor berkata program berkenaan menggabungkan tiga elemen utama iaitu masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.
Katanya, antara pendekatan yang diwujudkan menerusi Program Komuniti Lestari seperti Rumah Ibadat Hijau yang menekankan kepada komuniti setempat untuk melestarikan kawasan mereka.
"Di Kelantan, pihak kami telah memilih Masjid Ar-Rahman, Mukim Pulau Gajah sebagai model Rumah Ibadat Hijau dengan pelantikan rakan strategik iaitu Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd untuk menyebarkan maklumat dan mengadakan program-program kepada komuniti termasuk di masjid-masjid.
"Rakan strategik ini akan memberi penerangan dan keterangan yang lebih baik kepada komuniti tentang gaya hidup hijau yang meliputi pelbagai cara termasuk untuk mengawal pembuangan sisa bahan buangan dan sebagainya," katanya kepada Bernama pada Majlis Pelancaran Program Komuniti Lestari Mukim di Masjid Ar-Rahman dekat Pulau Gajah, di sini pada Ahad.
Terdahulu, majlis pelancaran berkenaan dirasmikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Mengulas lanjut, Shamsul Bahar berkata pembangunan bandar yang tidak terancang merupakan faktor utama kepada pelepasan gas rumah kaca.
Katanya, ia menyumbang kepada lebih 60 peratus pengeluaran gas rumah kaca dan memberi kesan besar terhadap pemanasan global dan perubahan iklim.
"Antara cara untuk mencapai sasaran berkenaan adalah mengurangkan pembuangan sisa dan pembuangan gas ke rumah kaca yang boleh mengurangkan sebanyak 45 peratus pelepasan gas ke rumah kaca.
"Oleh itu, MGTC yang merupakan agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan menekankan kehidupan kelestarian hijau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Ketua Pegawai Eksekutif MGTC Shamsul Bahar Mohd Nor berkata program berkenaan menggabungkan tiga elemen utama iaitu masyarakat, ekonomi dan alam sekitar. - Foto fail/BERNAMA
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
MGTC sasar pengurangan 45 peratus gas rumah kaca sebelum 2030
Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) menyasarkan pengurangan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus yang dapat dicapai menerusi Program Komuniti Lestari sebelum 2030.