Dua mangsa terbaharu nahas MH17 warga Malaysia dikenal pasti pada Rabu membabitkan seorang penumpang dan seorang anak kapal pesawat itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong ketika mengesahkan perkara itu berkata jumlah penumpang dan anak kapal warga Malaysia yang dikenal pasti setakat ini ialah 30 orang.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Kedutaan Malaysia di sini dan pasukan penyiasat di pusat ketenteraan yang berada di Hilversum dekat sini.
"Kedua-dua mayat mangsa itu bagaimanapun masih ditempatkan di Hilversum bagi menjalani proses siasatan dan pengecaman lanjut seperti mana dilakukan ke atas mangsa lain," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Beliau berkata pelbagai ujian padanan, DNA dan bedah siasat perlu dilakukan sebelum mayat mangsa diserah untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang ke tanah air.
Sebelum ini, dilaporkan 28 rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 sudah dikenal pasti dan lapan daripadanya belum mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke tanah air.
Sebanyak 20 jenazah iaitu 17 dalam keranda dan tiga dalam bekas abu akan tiba di Malaysia pada Jumaat.
Kerajaan Malaysia merancang untuk membawa pulang kumpulan kedua mangsa nahas MH17 Ahad ini namun ia bergantung kepada proses pengurusan jenazah, dokumentasi dan kelulusan pihak berkuasa Belanda.
Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Bernama
Thu Aug 21 2014
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Kedutaan Malaysia di sini dan pasukan penyiasat di pusat ketenteraan yang berada di Hilversum
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MH17: Dua lagi mayat warga Malaysia dikenal pasti
Dua mangsa terbaharu nahas MH17 warga Malaysia dikenal pasti pada Rabu membabitkan seorang penumpang dan seorang anak kapal pesawat itu.