Jenazah Ketua Pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Mohamad Ghafar Abu Bakar, 54, akan dikebumikan di Ampang, Selangor selepas selamat dibawa pulang ke tanah air, kata ibunya Maimon Sarpan.
Maimon, 74, berkata perkara itu dimaklumkan isteri Allahyarham, Normi Abdullah, 54, kepadanya melalui telefon pagi tadi dan pihak MAS juga sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Beliau bersetuju jenazah arwah dikebumikan di Ampang berikutan anak ketiga Allahyarham, Anif Aiman, 12, yang meninggal dunia tujuh tahun lepas juga dikebumikan di sana.
"Apa yang penting, jenazahnya selamat sampai di Malaysia dan pengkebumiannya dapat diurus dengan segera kerana hari ini sudah masuk hari ketujuh nahas," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine, pada Khamis lepas.
Kerajaan Ukraine percaya pesawat malang itu ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.
Maimon berkata walaupun menerima khabar gembira berkenaan dia masih sentiasa berdoa agar jenazah bapa kepada empat cahaya mata itu selamat diterbangkan ke Malaysia.
"Lebih cepat jenazah dibawa pulang, lebih baik supaya pengkebumiannya boleh disegerakan. Selagi jenazahnya tidak sampai di tanah air dengan selamat selagi itu saya tidak sedap hati," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan rundingan beliau untuk membawa pulang mayat penumpang dan anak kapal serta kotak hitam pesawat MH17.
"Terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap keluarga mangsa pesawat ini, daripada mula tragedi hinggalah hari ini saya tengok beliau terus berusaha membantu, syukur kita dapat Perdana Menteri seperti beliau," katanya.
Bernama
Wed Jul 23 2014
Jenazah Ketua Pramugara MH17 akan dikebumikan di Ampang - Gambar fail
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.