awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman buaya ketika banjir paksa penduduk berpindah ke PPS
Piala Super Sepanyol: Barcelona mara ke final dengan bergaya, idam aksi El Clasico
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Kereta api bawa mayat mangsa bertolak ke Kharkiv

Bernama
Bernama
22/07/2014
01:48 MYT
MH17: Kereta api bawa mayat mangsa bertolak ke Kharkiv
Timbalan ketua OSCE ke Ukraine, Alexander Hug (kanan) berbual dengan seorang anggota unit forensik Belanda sebelum kereta api berpendingin hawa berlepas. -AP Photo/Evgeniy Maloletka
Kereta api yang membawa mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.
Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko.
"Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.
Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu.
Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu.
Pesawat Boeing 777 MAS bersama 298 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada Khamis di wilayah Donetsk, di timur Ukraine.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Donetsk
#Kharkiv
#KLIA
#Malaysia Airlines
#MH17
#penerbangan Malaysia
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan