Kerajaan Ukraine dan Malaysia menandatangani satu perjanjian pada Jumaat bagi membenarkan kakitangan Malaysia yang terlibat bertugas di kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
Duta Besar Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban dan Menteri Luar Ukraine Pavlo Klimkin menandatangani perjanjian yang akan membolehkan pasukan Malaysia untuk menyertai misi antarabangsa dalam menyiasat tragedi itu, bersama-sama dengan wakil-wakil Australia dan Belanda.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Ukraine menyebut bahawa perjanjian itu adalah salah satu langkah penting Ukraine dalam usaha memastikan objektif dan penyiasatan yang telus tercapai serta bagi membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
Pada Rabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama 68 anggota menyertai pasukan antarabangsa menjalankan penyiasatan ke atas tragedi MH17 di Donetsk, Ukraine.
Pasukan siasatan khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai-pegawai forensik, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) serta pegawai perubatan.
Astro Awani
Sat Aug 02 2014
Perjanjian itu adalah salah satu langkah penting Ukraine dalam usaha memastikan objektif dan penyiasatan yang telus tercapai
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MH17: Ukraine - Malaysia tandatangani perjanjian bagi membenarkan pasukan Malaysia ke tempat nahas
Kerajaan Ukraine dan Malaysia menandatangani satu perjanjian bagi membenarkan anggota keselamatan Malaysia ke tempat nahas.