KOTA BHARU: "Kami sekeluarga ingin membela nasib cucu kami," demikian luahan Daud Abdul Kadir, 88, datuk kepada pembantu juruterbang pesawat MH17 Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, yang terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh dengan peluru berpandu buatan Rusia pada 2014 di Ukraine.
Menurut Daud, dia berharap agar perkembangan mengenai kes berkenaan yang dibicarakan di peringkat antarabangsa dapat dimaklumkan kepada mereka dari semasa ke semasa.
"Selepas beberapa tahun, kami masih bersedih dengan kehilangan cucu. Kami berharap semua pihak dapat membantu memberi keadilan kepada semua keluarga mangsa yang terkorban agar si pelakunya dihukum.
“Arwah tinggalkan anak yang masih kecil dan kami hanya dapat mendoakan keselamatan mereka, yang kini berada di luar negara," katanya semasa ditemui di rumahnya di sini, pada Khamis.
Bekas guru itu yang ditemani isteri, Zaleha Baw Khan, 82, berkata mereka masih menunggu keputusan selanjutnya susulan perkembangan terbaharu di Perancis.
Pada Rabu, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) di Strasbourg, Perancis memutuskan bahawa ia akan mendengar kes terhadap Rusia berhubung dakwaan pencabulan hak asasi manusia di wilayah timur Ukraine dan kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh.
Bernama melaporkan, ECHR pada Rabu mengisytiharkan sebahagian kes yang dibawa oleh Ukraine dan Belanda boleh diterima.
Kerajaan Belanda memfailkan aduan mengenai pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 yang mengakibatkan kematian 298 orang termasuk 196 warga Belanda, menurut mahkamah.
Kerajaan Ukraine pula mengemukakan aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia oleh puak pemisah di Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Lugansk (LPR) selain oleh anggota tentera Rusia.
"Ia berpendapat bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk memenuhi beban pembuktian pada peringkat penerimaan amalan pentadbiran yang melanggar beberapa Artikel Konvensyen dan ia mengisytiharkan majoriti aduan oleh Kerajaan Ukraine boleh diterima.
"Begitu juga, had bukti untuk tujuan kebolehterimaan telah dipenuhi membabitkan aduan kerajaan Belanda membabitkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh juga diisytiharkan boleh diterima," menurut kenyataan itu.
Mahkamah turut mendapati bahawa kawasan di timur Ukraine yang dikawal puak pemisah dari 11 Mei 2014 sehingga sekurang-kurangnya 26 Jan 2022 adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan Rusia.
Ia merujuk kepada kehadiran anggota tentera Rusia di timur Ukraine mulai April 2014 dan penempatan besar-besaran tentera Rusia selewat-lewatnya pada Ogos 2014.
"Mahkamah seterusnya mendapati bahawa responden mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap strategi ketenteraan pemisah dengan membekalkan senjata dan peralatan ketenteraan lain kepada pemisah pada skala yang ketara sejak awal "DPR" dan "LPR" dan pada bulan dan tahun berikutnya, melakukan serangan artileri atas permintaan daripada pemisah serta telah memberikan sokongan politik dan ekonomi kepada pemisah," menurut kenyataan itu.
Pemisah pro-Rusia berjuang untuk menubuhkan Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Lugansk di timur Ukraine.
MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia semasa terbang di wilayah konflik itu ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Wanna Abd Rahim
Thu Jan 26 2023

Daud berharap agar perkembangan mengenai kes berkenaan yang dibicarakan di peringkat antarabangsa dapat dimaklumkan kepada mereka dari semasa ke semasa. - Gambar/ Astro AWANI

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17.

MH17: 'Petunjuk meyakinkan' Putin lulus bekalan peluru berpandu ke Ukraine - Penyiasat Belanda
Sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Siasatan MH17: Pasukan penyiasat bakal namakan suspek tambahan
Ini termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan dalam kejadian tersebut.

MH17: Waris keluarga terkorban masih harapkan pembelaan
Menurut Daud, dia berharap agar perkembangan mengenai kes berkenaan yang dibicarakan di peringkat antarabangsa dapat dimaklumkan kepada mereka dari semasa ke semasa.

MH17: Mahkamah putuskan kes Belanda, Ukraine terhadap Rusia diterima
Keputusan itu menunjukkan mahkamah yang berpangkalan di Strasbourg itu menganggap Rusia boleh dipertanggungjawabkan atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia di dua wilayah pemisah itu.

MH17: Mahkamah umum keputusan pendengaran kes Belanda terhadap Rusia malam ini
Keputusan sama ada pendakwaan kes akan didengar dijangka dibacakan pada jam 2.30 petang waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia).

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

Australia tuduh Putin sorok pembunuh, minta Rusia serah tiga lelaki tembak jatuh MH17
Wong turut memberi amaran bahawa dunia tidak akan melupakan keputusan mahkamah bahawa Rusia dan dua rakyatnya bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa MH17.

MH17: Dua warga Rusia, seorang warga Ukraine dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup
Hakim turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu membayar pampasan lebih 16 juta Euro kepada ahli keluarga mangsa.

Waris mangsa MH17 akur keputusan Mahkamah Belanda, harap pelaku dihukum
Beliau berkata perbicaraan yang berlangsung tanpa kehadiran tertuduh turut mengundang rasa tidak puas hati kerana mereka masih bebas.