MH179: Netizen cemas, syukur pesawat selamat mendarat

Madiha Abdullah
Mei 10, 2015 11:04 MYT
Netizen menggunakan platform laman sosial untuk meluahkan rasa syukur dan kelegaan apabila pesawat itu disahkan selamat mendarat di KLIA.
Ramai yang cemas apabila hashtag #MH179 trending di laman sosial semalam. Jelas, mimpi ngeri tragedi MH17 dan MH370 masih menghantui ramai.
Netizen menggunakan platform laman sosial untuk meluahkan rasa syukur dan kelegaan apabila pesawat itu disahkan selamat mendarat di KLIA.
Pengguna Twitter, Afiqah Hazirah, meluahkan rasa syukur sambil mengungkapkan betapa rakyat Malaysia belum bersedia menerima satu lagi berita buruk.

Thank god #mh179 landed safely. We're not ready for another bad news /p>— Afiqah Hazirah© (@thefiqa) May 9, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Intan turut menyatakan rasa terkejut dan bimbangnya apabila melihat hashtag #MH179 trending semalam, namun bersyukur apabila semuanya disahkan selamat.

I freaked out for a moment to see the #MH179 trending. Alhamdulillah. Everything just fine.

— INTAN (@cikagos) May 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
SONEZone melemparkan kata-kata pujian buat juruterbang yang disifatkan sangat cekap dan efisyen.

Malaysian Airlines flight #MH179 is holding since 1h after departure from Kuala Lumpur..Well done Pilot u did goodjob pic.twitter.com/Rjy6f6LKXv

— .SONEzone (@KimSara_Jung) May 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Artis tempatan, Caprice, juga meluahkan rasa kesyukuran apabila pesawat selamat mendarat.

heart skipped a beat when i saw #MH179 trending. Thank God the plane safely landed hope it was nothing serious...

— CapriceOfficial (@CapriceTV) May 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia Airlines, melalui status yang dimuatnaik di Facebook dan Twitter menjelaskan, pesawat yang dalam perjalanan ke Colombo itu terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang mabuk membuat kacau di dalam pesawat.
Penumpang itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Pesawat MH179D selamat berlepas ke Colombo pada jam 10.05 pagi tadi.
#Malaysia Airlines #MAS #MH179