Australia akan mengecualikan bayaran visa bagi anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 sekiranya mereka ingin datang ke negara itu.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu Parlimen Persekutuan bahawa bayaran itu akan dikecualikan bagi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi di Western Australia.
Beliau sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada sanak saudara dan keluarga penumpang serta anak kapal terbabit dan berkata usul rasmi berkaitan ucapan takziah itu akan dikemukakan pada Rabu.
"Berkemungkinan besar dalam beberapa hari dan minggu yang mendatang, banyak saudara mara penumpang pesawat MH370 akan berhasrat untuk datang ke Australia," kata Abbott kepada parlimen pada Selasa.
Malam tadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370, yang hilang semasa merentasi Laut China Selatan ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Pesawat Boeing 777-200ER, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) pada hari sama.
Bernama
Tue Mar 25 2014
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Juruterbang SQ321 menjadi wira, tonjol kepentingan tali pinggang keselamatan
Juruterbang SIngapore Airlines adalah wira sebenar SQ321 selepas tindakan pantasnya menyelamatkan 228 orang di dalam pesawat.
Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun
Tentera India dalam satu kenyataan berkata kesemua anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan.
13 hilang, kapal kargo karam di Pulau Lesbos, Greece
Kapal yang membawa muatan garam itu dalam pelayaran dari pelabuhan Ad Dakhilah di Mesir ke Istanbul.
Puluhan bot terbakar di Seattle
Sebuah bangunan berhampiran turut terlibat dalam kebakaran berkenaan namun sempat diselamatkan.
Kapal perang karam: 2 anak kapal HTMS Sukhothai ditemui, 29 masih hilang
Dua daripada 31 anak kapal perang jenis korvet HTMS Sukhothai yang hilang selepas ia karam di Teluk Thailand pada Ahad malam, ditemui pasukan penyelamat hari ini.
20 anak kapal, jurumudi bot positif dadah
Operasi itu dilaksana bermula 13 November lalu hingga semalam.
Pesawat Rusia terhempas: 19 mayat mangsa dijumpai
Menurut pihak berkuasa, serpihan pesawat turut dijumpai pada petang Selasa di tepi pantai dan di laut.
Pesawat Rusia terhempas, semua 28 penumpang, kru disah terkorban
Pesawat itu dipercayai terhempas ke tebing tinggi ketika bersedia untuk mendarat dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk.
10 kru warga asing terselamat dalam insiden bot karam di Pulau Pisang
Kedua-dua bot terbabit yang membawa muatan kelapa bulat, dalam pelayaran dari Pelabuhan Sungai Guntung, Indonesia menuju ke Batu Pahat.