Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah diarahkan oleh kerajaan Malaysia untuk berbincang dengan syarikat satelit Inmarsat bagi mendedahkan data asal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kepada umum.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara ini dilakukan demi pendirian kerajaan dalam mengutamakan kepentingan keluarga penumpang pesawat tersebut.
"Ini selari degan pendirian kami untuk ketelusan yang lebih tinggi dan mengutamakan kepentingan ahli keluarga penumpang pesawat MH370," kata beliau dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut memberitahu bahawa sebuah pasukan yang terdiri dari pakar teknikal telah berada di Canberra bagi membincangkan dan meneliti data, kiraan serta analisis satelit yang dibekalkan oleh Inmarsat.
Sementara itu, pihak berkuasa yang terlibat dalam usaha seterusnya pencarian MH370 bersetuju supaya kerja ukur batimatri di selatan Lautan Hindi akan dilakukan oleh kapal ukur china 'Zhu Kezhen'.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataannya memaklumkan, persetujuan itu dicapai oleh pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China yang bermesyuarat hujung minggu lepas.
Kerja ukur batimatri yang membabitkan pemetaan dasar laut secara menyeluruh, akan dilakukan di kawasan yang dikenal pasti Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
"Jika keadaan cuaca mengizinkan... Zhu Kezhen dijadual belayar ke kawasan mengukur pada Rabu," kata JACC.
Kerja ukur batimatri adalah antara perkara yang menjadi keutamaan dalam usaha mencari MH370 yang kini memasuki fasa transisi dan memberi keutamaan terhadap usaha mencari di dasar laut.
Sebelum ini, Inmarsat yang terlibat dalam memberi petunjuk laluan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu, menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa ia tidak menyerahkan data asal yang diperolehinya kepada pihak penyiasat.
Firma dari United Kingdom itu berkata semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi.
Haider Yutim, Khairunnisa Kasnoon
Mon May 19 2014
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
E-Invois: LHDN pastikan semua data selamat, terpelihara
Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, LHDN memperuntukkan dana yang besar dalam membangunkan sistem itu.
Data, AI memperkasa masa depan - Hanifah
Dalam landskap teknologi yang berkembang pesat, kecerdasan buatan muncul sebagai mercu tanda atau aspirasi kepada inovasi.
Aplikasi ChatGPT untuk MacOS simpan perbualan tanpa sebarang penyulitan
Mengikut semakan pembangun, OpenAI didapati menyimpan pelbagai data perbualan dan pertanyaan dalam teks biasa, tanpa sebarang penyulitan.
PADU: Rakyat tidak perlu gusar, data dikawal selia akta sedia ada - Syed Ibrahim
Akta Omnibus yang akan dibentangkan kerajaan juga mampu menghalang daripada ia disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
[KOLUMNIS] Data kini sama taraf dengan senjata merbahaya
Kejadian yang berlaku di Gaza, walaupun jauh dari Malaysia menunjukkan bahaya manipulasi media dan permainan geopolitik dunia digital.
Daftar masuk MySejahtera menurun - CodeBlue
Dakwaan itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan data peribadi pengguna.
Vaksin COVID-19: WHO desak pengeluar beri data segera
Dokumen WHO bertarikh 23 Disember menyenaraikan vaksin Sputnik V menyerahkan data tidak lengkap.
Vaksin COVID-19: Tiada data dos kedua J&J diperlukan
Menurut CDC, masih tiada data berkenaan perkara itu dalam melindungi orang awam terhadap varian Delta.
KPM digesa rangka pelan jangka panjang pasca COVID-19
Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan itu bagi merangka pelan bersepadu pendidikan pasca COVID-19 dan rancangan jangka panjang pasca COVID-19 selepas pandemik berakhir.
Pelaksanaan PKP tanpa kajian sains, data yang tepat - Syed Saddiq
Menteri hanya pandai umum PKP dan tutup kedai. Yang rugi rakyat. Yang tidak membaca data, menteri, selar Syed Saddiq.