MH370: Elak berspekulasi tentang serpihan objek ditemui di Mozambique - Liow

Astro Awani
Mac 3, 2016 02:24 MYT
Pada Julai lalu, pihak berkuasa Perancis mengesahkan tentang penemuan serpihan pesawat berupa flaperon ini di Saint-Andre, Pulau Reunion. - Foto AP/Lucas Marie
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan semua pihak agar mengelak daripada berspekulasi mengenai serpihan pesawat yang Boeing 777 yang ditemui di Mozambique sebagai milik pesawat Malaysia Airlines MH370.
Kata beliau seperti yang disiarkan melalui akaun Twitter rasminya, setakat ini tiada pihak yang dapat membuat pengesahan mengenai dakwaan tersebut.
“Ia masih belum disahkan. Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia sedang bekerjasama dengan Australia untuk mendapatkan serpihan itu,” ujarnya.

Based on early reports, high possibility debris found in Mozambique belongs to a B777. (1/3)

— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) March 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

It is yet to be confirmed & verified. @dca_malaysia working w Australian counterparts to retrieve the debris. (2/3)

— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) March 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I urged everyone to avoid undue speculation as we are not able to conclude that the debris belongs to #mh370 at this time. (3/3)

— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) March 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu pihak berkuasa udara Mozambique pada Rabu memaklumkan bahawa seorang lelaki warga Amerika Syarikat telah menyerahkan objek yang dipercayai serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.
Joao de Abreu, Presiden Institut Penerbangan Awam Mozambique memberitahu AFP, buat masa ini belum ada sebarang pengecaman dan pengesahan dibuat.
Terdahulu, beberapa media antarabangsa, termasuk NBC News , CNN dan The Independent, melaporkan tentang penemuan sebuah objek yang mungkin datangnya daripada serpihan Boeing 777 di perairan Mozambique beberapa hari lalu.
Menurut laporan itu, objek itu ditemui di tebing pasir di Terusan Mozambique, tidak jauh dari Pulau Reunion iaitu lokasi satu lagi serpihan yang dikatakan milik MH370 ditemui Julai lalu.
Menurut laporan NBC News itu, pasukan penyiasat Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat telah melihat gambar penemuan terbaharu tersebut, dengan memetik sumber-sumber yang menyatakan 'kemungkinan' ia dapat dikaitkan dengan Boeing 777 dan pesawat MH370.

Missing MH370 debris 'found off the coast of Mozambique' https://t.co/SDywAKBfW1 pic.twitter.com/QpREYgq2Bp

— The Independent (@Independent) March 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada objek berkenaan tertera perkataan 'NO STEP' dan ia mungkin daripada komponen di ekor pesawat. Penemuan itu mendapat perhatian apabila seorang warga Amerika Syarikat menjadikannya isi kandungan blog mengenai mencarian MH370.
#berita terkini MH370 #MH370 flaperon #MH370 Mozambique #MH370 Reunion Island #pencarian MH370