awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: JACC bakal selaras operasi mencari antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2014
12:05 MYT
MH370: JACC bakal selaras operasi mencari antarabangsa
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) pada sidang media MH370 yang masih hilang.
Agensi Pusat Koordinasi Bersama (JACC) akan ditubuhkan untuk menyelaras operasi di antara semua pasukan pencarian antarabangsa dan agensi kerajaan Australia.
Perkara ini diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media mengenai pencarian pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Beliau berkata JACC akan diketuai oleh Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston iaitu yang merupakan bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah menerangkan mengenai penubuhan JACC yang berpusat di Pangkalan Tentera Udara Pearce di Perth.
Hishammuddin turut memaklumkan sembilan pesawat tentera dan satu pesawat awam akan diterbangkan ke kawasan carian. Ia terdiri daripada:
• (2) Malaysia C-130 • (1) Cina Ilyushin IL-76 • (1) Jepun Coast Guard G5 • (1) Australia P3 Orion • (1) New Zealand P3 Orion • (1) pesawat awam New Zealand • (1) Amerika Syarikat P8 Poseido • (1) Jepun P3 Orion • (1) Korea P3 Orion
Sementara itu, 11 kapal laut milik China dan tiga milik Australia dikerahkan ke kawasan carian.
China
  • Xue Long
  • Kunlunshan
  • Haikou
  • Qiandaohu Jian
  • Jing Gang Shan
  • Haixun
  • Dong Hai Jian
  • Nan Hai Jian
Australia
  • HMAS Success
  • HMAS Toowoomba
  • MV Barkley Pearl (transit ke kawasan carian)
Kapal KD Lekiu milik Malaysia dijangka akan tiba di kawasan carian pada 3 April.
“Seperti maklumat yang kita terima dari pihak berkuasa Australia, kawasan pencarian hari ini sudah seluas 254, 000 kilometer persegi” kata Hishammudin lagi.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MH370
#Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan