awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Lokasi pencarian baru diumum

Haider Yutim
Haider Yutim
26/06/2014
07:13 MYT
MH370: Lokasi pencarian baru diumum
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss. Foto AP
Kawasan pencarian dasar laut bagi pesawat Penerbangan Malaysia MH370 akan dipindahkan lebih jauh ke selatan di Selatan Lautan Hindi, menurut Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss.
Menurut beliau, pihak pakar satelit telah membuat penilaian ke atas kesemua maklumat yang diperolehi bagi menentukan kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer persegi itu.
Katanya, pencarian di lokasi terbaru itu melibatkan usaha serta pakar dari serata dunia.
"Pihak pakar telah menganalisis maklumat komunikasi satelit... maklumat yang pada mulanya tidak bertujuan untuk mempunyai kebolehan bagi mengesan pesawat dan membuat pengiraan kompleks," kata Truss pada satu sidang media pada Khamis.
MH370
MH370
Katanya kawasan pencarian baharu masih tertumpu kepada garisan lengkung ketujuh di mana pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dikatakan membuat komunikasi terakhirnya.
Tambah Truss, pencarian dasar laut itu akan bermula pada Ogos ini dan dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan untuk selesai.
Jelasnya, kawasan pencarian dasar laut itu bertujuan untuk mengesan pesawat serta sebarang bukti yang membantu penyiasatan Malaysia berkenaan kehilangan pesawat tersebut.
MH370
Mh370
Sementara itu, Truss tidak menolak kemungkinan pesawat itu telah terbang dalam keadaan 'autopilot' semasa penerbangannya di kawasan Selatan Lautan Hindi.
Katanya kemungkinan untuk pesawat Boeing 777-200 itu terbang dalam keadaan 'autopilot' adalah amat besar.
Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing ada 12.41 tengah malam. Usaha mencari pesawat kemudiannya dilakukan di selatan Lautan Hindi.
Topic Berkaitan
#Australia
#Lautan Hindi
#MH370
#penerbangan Malaysia
#pesawat
#Warren Truss
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan