awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
04/03/2024
08:04 MYT
MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese ketika sidang media bersama selepas Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) di Government House hari ini. - Foto Bernama
MELBOURNE : Malaysia bersedia membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat bagi penerbangan MH370 Malaysia Airlines hampir sedekad lepas.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu akan dilaksanakan sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.
"Mengenai insiden membabitkan MH370, kami telah mengambil pendirian bahawa jika ada bukti kukuh yang memerlukan kes itu dibuka semula, kami pasti akan berbuat demikian.
“Saya dengan sukacita bersedia membuka semula kes ini… Ia adalah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat dan apa sahaja yang perlu dilakukan, harus dilakukan," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Melbourne sempena lawatan rasmi beliau ke Australia.
Sidang media itu mendahului Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia (ALM) Kedua, yang buat julung kalinya berlangsung secara bersemuka antara pemimpin dan pegawai tinggi kedua-dua negara sejak ia diperkenal pada 2021.
Tarikh 8 Mac ini adalah ulang tahun ke-10 tragedi kehilangan pesawat malang itu.
Penerbangan MH370 Malaysia Airlines, yang membawa 239 penumpang dan kru, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Albanese pula mengakui beliau memahami kesedihan dan kesengsaraan yang dialami oleh ahli keluarga mangsa.
"Kami memahami bahawa ini adalah saat yang begitu sukar kepada ahli keluarga mangsa kerana mereka gagal mendapat kepastian dengan misi pencarian yang berjaya. Ia amat sukar," kata beliau.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#MH370
#lawatan rasmi
#Melbourne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan