awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: MAS nafi dakwaan tidak hubungi waris sebelum isytihar kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2015
11:06 MYT
MH370: MAS nafi dakwaan tidak hubungi waris sebelum isytihar kemalangan
MAS nafi dakwaan tidak hubungi waris. -Gambar fail
Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan dakwaan pihaknya gagal memaklumkan kepada waris mangsa MH370 berhubung pengisytiharan kemalangan pesawat itu, Khamis lalu.
Syarikat itu, dalam kenyataan medianya hari ini, menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi kesemua waris mangsa MH370 sebelum pengumuman rasmi itu dibuat.
Terdahulu, waris penumpang dan kru pesawat malang itu mendakwa kerajaan tidak mengendalikan pengumuman itu dengan betul iaitu memaklumkan perkembangan terbaharu kepada waris mangsa terlebih dahulu sebelum pengisytiharan rasmi kepada orang ramai.
“Kesemua waris telah dimaklumkan melalui telefon dan juga sistem pesanan ringkas (SMS) apabila panggilan tidak dijawab,” menurut kenyataan itu sambil menambah bahawa langkah itu telah diambil Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum pengumuman pada Khamis.
Kenyataan itu turut menambah bahawa waris penumpang di China telah dimaklumkan melalui SMS yang dihantar Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga MAS di Beijing.
Topic Berkaitan
#China
#kemalangan
#MAS
#MH370
#pengisytiharan
#pesawat
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan